Bagi mereka yang mahukan penjelasan yang jelas tentang isu muat turut gambar di laman sosial di bawah ini pencerahannya :

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:

أولم ولو بشاة

“Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.”

(more…)

Perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi kita, sebagaimana hadith:

Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.
(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Begitulah lumrah alam, setiap yang dijadikan Allah  itu berpasang-pasangan, sebagaimana yang berlaku ke atas manusia, dijadikan ada lelaki dan ada perempuan. Hidup berpasangan ini adalah di antara sebesar-besar nikmat Allah Subhanahu Wataala kepada manusia dan juga makhluknya yang lain.

(more…)

Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al-Furqan:74)

Terima Kasih kepada tuhan atas segala nikmat yang telah anugerahkan kepadaku.

Hari ini genap 10 hari melalui hidup sebagai seorang suami buat isteri tersayang. Hari-hari yang  berlalu terasa begitu cepat masa berlalu. Segala cemburu dan keluh resah semuanya sudah kembali normal kerana nikmat sebuah perkahwinan.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...