Adakah Kau Lupa

Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami
oleh : shakirshafiee
Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menulis untuk hari ini. Kekuatan yang semangat yang aku sendiri tidak pasti dimanakah ia datang. Dan aku pasti semuanya adalah bantuan dan pertolongan dariNya untuk aku sampaikan walaupun satu ayat dan memberi manfaat buat semua.
Kesibukan untuk diriku sudah bermula minggu ini dengan imtihan yang bakal bermula esok dan berakhir minggu depan. Ini adalah imtihan thani  bagi semester 1/2010 tahun ini. Dan mungkin akan menyepi seketika shakirshafiee.com
Insyallah jika diberikan masa dan waktu akan aku cuba untuk berkongsi lagi apa yang yang akan aku kongsikan dan posting-posting masih bersusun dalam draf. Tunggu masa nak update sahajaa.
Subjek untuk fasal ini tidaklah memerlukan hafalan yang banyak, tapi memerlukan kefahaman yang jelas. Ya. hafalan juga tidak terlepas tapi tidaklah seberat semester-semester yang lain.
Aku mohon doa dari semua agar aku berjaya dalam imtihan ini. walaupun bukanlah imtihan nihaei. Dan taufiq wa najah buat semua warga mutah dan jordan yang masih dalam fatrah imtihan lagi. Semoga kejayaan milik anda.
Disini aku nak kongsikan satu lagu yang mungkin akan memberikan anda sedikit semangat untuk membaca dan menghafal.
Mudah-mudahan dengan sedikit semangat ini dapat membantu anda hilangkan bosan dan tension ketika menelaah kitab atau buku.
Taufiq Wannajah!! Chaiyok!! Aja-aja fighting!!!

shakshaf : Memang bersemangat dengar lagu ini untuk fatrah imtihan ini. Moga semangat yang ada dapat dikekalkan selamanya.p/s : Buat alarm lagu ni untuk bangun subuh. Tapi tak bangun juga. hehe. Kena simbah air sejuk baru sedar kot.

TAUFIQ WA NAJAH UNTUK SEMUA SEKALI LAGI

Saat itu pasti mati dan hidup

December 7th, 2010 | Posted by shakirshafiee in Tazkirah - (2 Comments)


Oleh : shakirshafiee
Seperti biasa, setelah pulang dari jamiah dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya adegan tembak menembak di kaca television. Makin lama, makin mata ku lali dan akhirnya aku terlelap di atas empukan sofa musta’mal.
Tiba-tiba..
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang amat pantas dan cepat. Sebelum sempat bertanya, siapa dia. Tiba-tiba aku merasa dada ku sesak,sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.
Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan-pelan dari dadaku, terus berjalan kekerongkongku. Sakittttttttt!! Sakit rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya. Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku.
Badanku gementar, peluh keringat meluncur deras, mataku terbeliak. Air mataku seolah tak berhenti. Tangan dan kakiku kejang-kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu. Pergi dan berlalu begitu saja serta hilang dari pandangan.
Namun setelah itu, aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah dan tidak seperti biasanya. Aku heran. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia..dia..dia mirip dengan aku..ada apa ini. Tuhan…????????
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum
sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca kalam mu ini sungguh aku amat sangat bahagia.
Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk duduk, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.
Shakshaf : mungkin benar dan mungkin tidak. Sungguh aku takut menghadapi saat kematian dalam keaadaaan yang belum bersedia

Fikirkan sejenak dan sebentar

December 6th, 2010 | Posted by shakirshafiee in Kehidupan - (0 Comments)


Fikirkan sejenak dan sebentar
Assalammualaikum
Fikirkan, Duit 1JD kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke kedai topup.
Fikirkan, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
Fikirkan, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Fikirkan, terlalu mudah untuk kita menaip msg, tapi terlalu susah untuk kita menaip(tasbih) zikir padanya.
Fikirkan, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Fikirkan, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahapnya
Fikirkan orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Fikirkan, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
Fikirkan, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
Fikirkan, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
Fikirkan, semua orang inginkan masuk syurga tanpa beriman, berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
Fikirkan, kita boleh mengirimkan berpuluh di wall facebook, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.
Fikirkanlah..
Tepuk dada…tanyalah hati & iman
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu’min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah.” (QS 33:47)
Shakshaf : Muhasabahlah dan fikirkanlah moga itu bernilai ibadah 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...