Biodata
Mohd Shakir Bin shafiee. Seorang pelajar tahun akhir Universiti Mu’tah, The Hashemite Kingdom of Jordan dalam jurusan feqh wausul 2008-2012, dan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Darul Quran Jakim 2005-2008.
Jawatan yang diamanahkan sekarang sebagai Penasihat 1 Mahasiswa Pulau Pinang Jordan (MUTIARA) 2012
Sekarang bertugas Sebagai Guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Permai Indah
Mula bergiat aktif dalam penulisan pada awal tahun 2010 dan sehingga sekarang.
MENULIS ini hanya untuk mencetus minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Aku menulis bukan kerna nama
Akhir-akhir ini ramai golongan tidak mengira tua atau muda sudah mula berjinak dalam dunia blogger.com atau nama lain penulisan termasuklah penulis. Mungkin mahu mencuba sesuatu yang mungkin dianggap budak hingusan (sanfur, dalam ammiah jordan) dalam bidang ini. Tetapi lama kelamaan ia menjadi satu hobi untuk diisi dengan benda-benda yang berfaedah selain bersukan dan lain-lain lagi
Artikel ini ditulis tidaklah berniat untuk ditujukan kepada sesiapa. Tidak terlintas dihati penulis ini untuk menghentam atau menguris hati sesiapa tapi ia adalah luahan hati buat orang baru dalam bidang penulisan ini. Menyusun sepuluh jadi andai artikal ini menguris hati mana-mana pihak. Tapi hakikatnya adalah coretan penulis sendiri untuk dikongsi bersama. Moga dengan sedikit amal yang sedikit dan tidak seberapa ini dikira disisinya.
Mungkin ramai yang bertanya.
“Ko duk menulis ni nak kasi sape baca?. Ade ke orang nak baca artikel ko?. Bahasa Melayu SPM pun cukup-cukup makan je.”
Bagi penulis ia satu cabaran untuk digalas dan untuk dibuktikan yang “aku menulis bukan kerna nama” ia hanya untuk perkongsian ilmiah bersama-sama.
Tegurlah kami sebagai orang baru.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud
Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman. Adz Dzariyaat ayat 55.
Sebagai orang baru tidak dinafikan banyak kesilapan yang dilakukan, kalau mahu disebut satu persatu memang tidak muat diisi untuk post kali ini. Mungkin ada segelintir yang menulis dengan cara yang singkat dan mudah, seperti ciplak kertas kerja, artikel, webside dan lain-lain lagi untuk dimuatkan dalam blog masing-masing. Mungkin niat mereka betul cuma cara yang salah.
Seperti kaedah fiqh “ Matlamat tidak menghalalkan cara”
Senantiasalah menegur dan memberi nasihat kepada kami untuk kita sama-sama menegakkan islam dengan penulisan. Sebagai remaja islam penulis mengharapkan ramai lagi rakan-rakan sebaya kita turut sama dalam perjuangan ini. Mungkin nampak biasa hanya menulis tetapi dengan penulisan yang berkesan dan teratur dapat kita menbawa mad’u kita terus menjulang islam setinggi tinginya di dunia dan akhirat.
Insyallah..
Shakir Shafiee | shakshaf 2010
Butterworth | 26 years old.
Jordan Foreign Studies University,
Al Karaki, Mutah, Jordan.
Shakir Shafiee | shakshaf 2010
Butterworth | 26 years old.
Jordan Foreign Studies University,
Al Karaki, Mutah, Jordan.
