1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
Assalamualaikum WBT.. di sini saya ingin menguraikan sedikit tentang program j-QAF yang sebenarnya untuk kefahaman guru-guru j-QAF sendiri yang masih terkapai-kapai mengenal identiti diri sama ada yang baru mahupun yang dah lama, guru-guru pendidikan Islam, Pentadbir-pentadbir sekolah, guru-guru biasa, dan ibu bapa sendiri yang mungkin tidak sedar dengan kewujudan j-QAF ini.
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2005. Diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dan di SK Putrajaya Presint 16(2) bermula pada tahun 2007.
Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
4. Tamat belajar bukan bermakna tamatnya mencari ilmu. Memang ilmu boleh dipelajari secara tidak formal, tetapi jika diteruskan secara formal maka ia lebih baik. Sambunglah pengajian ke peringkat seterusnya, Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (PhD). Jika ia terpaksa ditangguhkan sekalipun kerana keperluan lain, maka jangan diabaikan langsung dan letakkanlah garis masa agar kita tidak melepasinya. Kita memerlukan lebih ramai ilmuan yang amanah dan beramal dengan ilmunya.
5. Jika waktu belajar peringkat ijazah Sarjana Muda dahulu kita hanya mengetahui apa dan bila, maka peringkat seterusnya kita bakal mengkaji mengapa dan bagaimana. Sifat ilmu itu semakin digali semakin dalam, kerana ia milik Allah Azza wa Jalla. Tidak akan habis dan tidak pernah kering.Kefahaman kita juga akan semakin mantap apabila menyambung pengajian. Al-Raghib aAl-Asfahani (502H) menyebut bahawa faham itu ialah:Mengetahui yang tersembunyi di sebalik sesuatu dan sampai ke tempat yang paling mendalam. (al-Asfahani, al-Mufradat Fi Gharib al-Qur’an)