sekali rasa macam duk kat uk pon ada gak ulu kelang

Bandar Konya merupakan salah satu negeri di Turkey dari 80 negeri semuanya. Banyak negerinya 5 kali ganda berbanding Malaysia hanya 14 negeri sahaja. Bumi khilafah ini terkenal disebabkan zaman kegemilangan Islam Uthmaniah sebelum digulingkan oleh Kamal Altartuk.

Bumi mevlana di Konya bersama ahmed

Kami dibumi Konya selama hampir 3 hari bersama dengan seorang kenalan warga Turkey yang baik. Ahmed seorang warga asli Turkey yang kami kenal melalui seorang rakan disini mampu bertutur dalam bahasa arab dengan baik serta memudahkan kami untuk berinteraksi.

Sekitar bandar Konya

Pemandangan bandar Konya yang mempunyai keindahan semulajadi menarik minat saya. Bandar ini juga  sangat cantik dan tersusun banggunannya dan tiada cerucuk seperti di Jordan

Pasar besar Konya sekali tengoh macam nak g selerakkan je buah-buah tuu. Rajin dorang susunkan

Tahukah anda buah-buahan sebenarnya mampu dijadikan sumber untuk menyerlahkan penampilan yang menarik selain mengekalkan tahap kesihatan yang optimum? Malah rasanya yang manis dan harganya yang murah juga menyempurnakan diet anda memandangkan ia mudah didapati.

Oleh itu, buang sahaja makanan snek yang tidak menyihatkan dan gantikan dengan buah-buahan bermula hari ini! ceramah skit..

Di tengah kota metropolitan Konya

Negara Turkey juga mempunyai sistem pengangkutan yang sangat canggih dan mampu membuatkankan anda terpegun dengan teknologi yang mereka ada. Rakyatnya juga yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris membuatkan kami tidak rasa kekok untuk membuat sebarang urusan walaupun tidak fasih. Mereka hanya menggunakan bahasa mereka sahaja. Dan tidak mustahillah anda menggunakan bahasa isyarat untuk memahamkan mereka.

Jejaki idaman Turkey single but available

Alhamdulillah. Moga berjumpa lagi Turkey dalam siri jelajah negara Islam tahun 2012. Dalam misi untuk menakluki negara-negara Islam dan Eropah menggunakan perkhidmatan bas sahaja. Moga impian kami bertiga ini untuk mencapai misi ini nanti tercapai. Ameen

Bersambung… Siiru Ala’ Barakaltillah.

~kongsi sampai mati~

Adakah duit yang dikeluarkan juga berwarna hijau?

Gambar ini di ‘snap’ oleh cameraman dan bakal jutawan muda ketika kami bercuti di Turkey minggu lepas.

Kami ketika itu sesudah selesai solat subuh kami terus ke kawasan bandar Antakya atau Hatay salah satu dari 82 negeri di Turkey untuk mencari sarapan pagi dan seterusnya bersiar-siar sekitar kawasan berhampiran sebelum meneruskan perjalanan selama 13 jam ke Konya.

Tempat yang menarik sekitar antakya@Hatay ini seperti Maqam Habib Annajar, Universiti Atartuk dan tugu peringatan antartuk.

Sebelum sarapan pagi satu permandanganyang  bermakna pada ketika itu ialah apabila kami terserempak dengan seorang pakcik ini baru sahaja keluar dari kawasan masjid berhampiran dan terus ke mesin atm ini.

Bagi kami situasi pagi itu sangat indah dan mencuit hati sekali dengan pakaian ‘seragam’ hijau yang dipakai oleh pakcik tersebut. Dan yang kami hairan kenapa pakcik ini mencari mesin atm berwarna hijau tidak mesin atm yang lain.

Mungkim pakcik ini taksub kepartian atau memang pakaian biasa mereka Waallahualam. Semua itu menjadi satu tanda tanya kami sehingga sekarang.

Hairan bin pelik kami seketika..

Cuba anda bayangkan jika situasi pakcik ini berlaku di tanah air Malaysia kita. Apakah yang akan anda bisikkan dalam hati dan akan katakan kepada rakan sebelah anda.

  • “Pakcik ini minat warna hijau kot”.
  • “Pakcik ini rabun wana mungkin”.

Semua ini akan menjadi tanya tanya dan persoalan buat diri kita. Lawak-lawak pagi ni :)

shakshaf : Apa pendapat anda dengan gambar diatas. kongsikan bersama saya

Hari pertama di konya bersama Ahmed Acar di Mavlana

Bertolak ke Istanbul dari Konya

Hadapan Hagia Sophia

Hadapan Masjid Biru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...