Gambar di hadapan Kuliah Bahasa Arab Universiti Mutah
Kepada yang belum pernah sampai inilah ‘papan tanda’ ashabul kahfi untuk memudahkan anda.
Kisah Ashabul Kahfi (أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Rezki orang perantau.
Kadang-kadang apa yang tiada di Malaysia ada disini dan kadang-kadang yang ada di Malaysia tiada disini.
Itu lumrah hidup sesuatu tempat bila kita pindah kesuatu kawasan baru, maka kita tidak akan dapat suasana yang lepas, maka suasana baru akan mengambil alih.
Cantik kan percaturan Allah kepada hambanya yang mahukan kita bersyukur dan terus bersyukur atas nikmat yang dikurniakan keatas kita. Dan tidak salah untuk kita kongsikan kegembiraan itu bersama dengan mereka yang lain. Bukan niat untuk sakitkan hati atau sebagainya, Niat hanya satu untuk berkongsi kebesaran nikmat Allah. Itu sahaja.
