Solat dengan memakai kasut merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan.

Bak kata pepatah lama, “Jauh perjalanan, luas pengalaman”. Selama lebih 4 setahun ni, banyak juga pengalaman baru yang diperolehi, antaranya adalah mengenai solat. Baru-baru ini saya ternampak seorang lelaki secara tiba-tiba mengangkat takbirratulihram dalam keadaan beliau masih lagi berkasut selepas kami selesai solat zohor berjemaah.

Terdetik dihati saya pada mulanya mungkin lelaki ini tidak tahu agama dan jahil tetapi sebaliknya!

Yang penting lelaki ini seorang student dan saya respek atas keberaniannya walaupun dalam hari saya mengatakan beliau seorang yang pemalas walhalnya ia adalah satu sunnah.

(more…)

Alhamdulillah. Selesai mengimamkan solat sunat Aidiladha bersama hampir 500 siswa/wi Uni. Mutah Jordan kelmarin. Allahuakbar..

Walaupun dalam keadaan batuk dan kurang sihat tetapi segalanya telah selamat disempurnakan.

(more…)

Projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada November 2013.

Jambatan Kedua Pulau Pinang  ialah sebuah jambatan baru yang berada dalam pembinaan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2011. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.

Bangga rasanya dapat jadi anak jati Penang tapi bukan anak mami yerk. :)

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...