Author Archives: shakirshafiee

About shakirshafiee

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

WANG Hantaran : Percuma atau Berbayar

December 9th, 2010 | Posted by shakirshafiee in Perkahwinan - (1 Comments)


oleh : shakirshafiee
Bertenang buat semua syabab-syabab diluar sana. Ada berita baik untuk anda semua mengenai wang hantaran. Wang Hantaran yang menjadi salah satu perkara wajib dalam sesuatu perkahwinan. Dan mungkin juga satu perkara yang sangat ditakuti oleh syabab-syabab yang ingin berkahwin.
Dalam bulan ini sahaja beratus-ratus pasangan mendirikan rumah tangga walaupun isu kenaikan minyak, gula, gas dan sebagainya tetapi ia tetap tidak sedikit pun menghalang benda yang baik ini untuk diteruskan.
Dan saya pernah terdengar wang hantaran paling tinggi di Malaysia ialah di negeri Kedah. Tidak pasti betul atau tidak. Sebab dari pengalaman saya yang meletakkan hantaran tinggi adalah mereka atau keluarga yang kurang faham tentang perkahwinan yang sebenarnya yang dituntut dalam Islam.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 4, bermaksud, ” Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.”
Nabi pernah bersabda, “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )
Kalau betul syabab-syabab diluar sana ingin melangsungkan perkahwinan dan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga hantarlah rombongan meminang kerana dengan majlis pertunangan inilah masa untuk saling kenal mengenali dan paling penting adalah menetapkan wang hantaran. Saat inilah yang sangat ditakuti oleh syabab-syabab yang mahu kawen. Adakah 5k atau 8k atau 10k atau lebih dari itu.
Sebelum melangkah pada hari pertunangan tersebut mintaklah pada Allah tuhan sekalian alam memudahkan dan menyenangkan urusan pertunangan ini disamping solat hajat dan sebagainya. Agar majlis yang penuh barakah nanti tidak bertukar majlis perdebatan wang hantaran atau sebaliknya.
Jika niat kita baik dan soleh untuk memperisterikannya bukan kerana nafsu atau sebaliknya.
Percayalah dan yakinlah bahawa segalanya akan menjadi mudah. Dan kemungkinan wang hantaran yang menjadi isu-isu bertukar kepada senyuman yang lebar.
Yakinlah bahawa keluarga yang memahami agama dan tuntutan dalam perkahwinan tidak akan membebankan syabab-syabab diluar sana untuk berkahwin janji niat yang tulus dan ikhlas.
Dan kisah benar yang terjadi pada keluarga saya apabila wang hantaran yang menjadi ketakutan itu diserahkan pada pihak lelaki untuk menentukan berapa wang hantaran tetapi tidak bermaksud percuma. Dan pihak lelaki mestilah berbincang dengan pihak perempuan berapakah wang hantaran yang layak bagi seorang pelajar yang belum berkerja dan masih tidak mempunyai aset sendiri.
Dan inilah keluarga yang memahami konsep perkahwinan yang sebenar.
Orang kedah kata hangpa pikiaq la sendiri berapa yang perlu diberikan wang hantaran yang perlu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Dari sudut agama memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka berkemampuan, namun perkara itu akan dinilai sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk oleh masyarakat. Pihak keluarga dan bakal pengantin tidak sewajarnya menjadikan matlamat perkahwinan berasaskan hantaran tinggi sebaliknya perlu mengutamakan kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga pada masa depan.Kita khuatir jika perkara itu terus menjadi ikutan, matlamat perkahwinan mungkin disalah erti terutama bagi generasi muda.
Shakshaf : Mas kahwin adalah ditentukan oleh Majlis Istiadat Melayu yang telah dipersetujui oleh D.Y.M.M sebagai ketua Agama Islam Negeri. Kadarnya tidak ditetapkan, terpulang kepada pasangan yang ingin berkahwin. Manakala wang hantaran pula, ia adalah sebagai adat sahaja. kalau salah betulkan yer..

Melayu mudah lupa & Taufiq Wanajah

December 8th, 2010 | Posted by shakirshafiee in Universiti - (0 Comments)

Adakah Kau Lupa

Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami
oleh : shakirshafiee
Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menulis untuk hari ini. Kekuatan yang semangat yang aku sendiri tidak pasti dimanakah ia datang. Dan aku pasti semuanya adalah bantuan dan pertolongan dariNya untuk aku sampaikan walaupun satu ayat dan memberi manfaat buat semua.
Kesibukan untuk diriku sudah bermula minggu ini dengan imtihan yang bakal bermula esok dan berakhir minggu depan. Ini adalah imtihan thani  bagi semester 1/2010 tahun ini. Dan mungkin akan menyepi seketika shakirshafiee.com
Insyallah jika diberikan masa dan waktu akan aku cuba untuk berkongsi lagi apa yang yang akan aku kongsikan dan posting-posting masih bersusun dalam draf. Tunggu masa nak update sahajaa.
Subjek untuk fasal ini tidaklah memerlukan hafalan yang banyak, tapi memerlukan kefahaman yang jelas. Ya. hafalan juga tidak terlepas tapi tidaklah seberat semester-semester yang lain.
Aku mohon doa dari semua agar aku berjaya dalam imtihan ini. walaupun bukanlah imtihan nihaei. Dan taufiq wa najah buat semua warga mutah dan jordan yang masih dalam fatrah imtihan lagi. Semoga kejayaan milik anda.
Disini aku nak kongsikan satu lagu yang mungkin akan memberikan anda sedikit semangat untuk membaca dan menghafal.
Mudah-mudahan dengan sedikit semangat ini dapat membantu anda hilangkan bosan dan tension ketika menelaah kitab atau buku.
Taufiq Wannajah!! Chaiyok!! Aja-aja fighting!!!

shakshaf : Memang bersemangat dengar lagu ini untuk fatrah imtihan ini. Moga semangat yang ada dapat dikekalkan selamanya.p/s : Buat alarm lagu ni untuk bangun subuh. Tapi tak bangun juga. hehe. Kena simbah air sejuk baru sedar kot.

TAUFIQ WA NAJAH UNTUK SEMUA SEKALI LAGI

Saat itu pasti mati dan hidup

December 7th, 2010 | Posted by shakirshafiee in Tazkirah - (2 Comments)


Oleh : shakirshafiee
Seperti biasa, setelah pulang dari jamiah dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya adegan tembak menembak di kaca television. Makin lama, makin mata ku lali dan akhirnya aku terlelap di atas empukan sofa musta’mal.
Tiba-tiba..
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang amat pantas dan cepat. Sebelum sempat bertanya, siapa dia. Tiba-tiba aku merasa dada ku sesak,sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.
Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan-pelan dari dadaku, terus berjalan kekerongkongku. Sakittttttttt!! Sakit rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya. Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku.
Badanku gementar, peluh keringat meluncur deras, mataku terbeliak. Air mataku seolah tak berhenti. Tangan dan kakiku kejang-kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu. Pergi dan berlalu begitu saja serta hilang dari pandangan.
Namun setelah itu, aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah dan tidak seperti biasanya. Aku heran. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia..dia..dia mirip dengan aku..ada apa ini. Tuhan…????????
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum
sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca kalam mu ini sungguh aku amat sangat bahagia.
Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk duduk, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.
Shakshaf : mungkin benar dan mungkin tidak. Sungguh aku takut menghadapi saat kematian dalam keaadaaan yang belum bersedia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...