Sanggul Tinggi : Dua golongan didalam Neraka

May 5th, 2012 | Posted by shakirshafiee in Tanah Airku

Adakah kita perasan sejak sejak akhir ini fesyen sanggul yang dipopularkan ini?!

Ramai yang suka memakai tudung disertakan dengan sanggol yang ditambah atau sanggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan.

Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup.

Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah.

Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith, tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah.

Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget.

Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.”

[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat] dan

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat).

Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai.

Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” [HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

Trend  atau fesyen seperti ini tiada di zaman dahulu, namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan, dilihat benar-benar terjadi sekarang.

Wallahualam

This post was written by

shakirshafiee – who has written 427 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>