ALLAH beri yang TERBAIK dalam Pandangan&PilihanNya
April 25th, 2012 | Posted by in PerkahwinanTeruskan Berdoalah!
Na’am. Ikhtiar, usaha dan munajat serta titipan doa tiada habis-habisnya dipohon kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah pasti serta akan memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya, meski dia tidak menyedarinya.
Sabarlah seandainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqomahlah di jalanNya.
Ya Rabb. Ya Tuhanku.
Jika jodoh dan pasanganku telah Rabb lahirkan dan cipta untukku, maka, gerakan hatinya tuk menujuku.
Jadilahkanlah perteman pertama kami dengan sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju dan mengapai redhaMu. Rabb yang berhak atas hati hamba-hambaNya. Dan Rabb jua yang kuasa membolak balikannya.
Ya Rabb.
Bila dia jauh dari ku,dekatkanlah ia kepadaMu.
Kukuhkan ikatan hati kami dalam ribat keranaMu, pautkan hatiku dengan hatinya yg sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju redhaMu..
Ya Rabb. Yang Maha Pecinta.
Wahai pemilik cinta sejati, Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia tabahkan hatinya. Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya.
Ya Rabb. Sang Pemilik Hati.
Jikalau hatiku Rabb ciptakan untuk dia, Penuhi hatinya dengan KasihMu.
Terangi langkahnya dengan CahayaMu, Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran dan temani dia dlm kesepian.
Ya Rabb.
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu, kutitipkan cintaku padaMu untuknya. Kutitipkan sayangku padaMu untuknya. Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya. Mekarkan cintaku bersama cintanya. Satukan hidupku dan hidupnya dlm Cinta-Mu.
Ya Rabb.
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri, pasti kebahagiaan itu aku dapati. Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku.
Ya ALLAH.
Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan, baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku. Agar kami sama-sama berjamaah tuk tetap MenujuMu. Bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami.
Penuhilah dengan Rahmat dan kasih sayangMu. Aamiin Ya Rabb.
Khusyu’ dan ikhlas dalam berdoa serta berharap kepada Allah bahawa doa kita pasti dikabulkanNya. Cepat atau lambat?
Itu urusan Allah yang mahu melihat hambanya itu betul-betul berdoa kepadanya.
Related posts
- Boleh ke abang, bertunang masa belajar?
- WANG Hantaran : Percuma atau Berbayar
- Tatapan itu menyakitkan hati tetapi mengubat hati!
- Cinta itu apa sih! Pernahkah anda jatuh cinta?
- Teruna pilihan Dara & Dara pilihan Teruna
- Jika hakikat pernikahan kerana NAFSU, Maka..
- Hikmah adanya Perkahwinan dalam Islam
- Terpisah rindu|cinta antara benua
- Bertunang : jarak dan tempoh masa
- Jangan Ada Benci, khas buat suami dan isteri
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




ameen ya Robbal ‘alamin.
tambahan disini selepas doa yang ini
Ya Rabb. Ya Tuhanku.
Jika jodoh dan pasanganku telah Rabb lahirkan dan cipta untukku, maka, gerakan hatinya tuk menujuku.juga gerakkan hatiku untuk menujunya.
Ameen………..
terima kasih untuk entry ini…..amat bermakna saat diri dalam kebuntuan……
Sama-sama juga.. untuk diri saya juga dalam menuju cinta kepadaNya.Amenn
tq.., info
mohon utk di kongsi ya En.Shakir..TQ
silakann