Senarai kursus yang ditawarkan Uni.Yarmouk Jordan dan diiktiraf
March 26th, 2012 | Posted by in Bidang di Uni JordanBuat adik-adik yang sedang membuat permohonan untuk ke Uni. Yarmouk Jordan .
Disini saya sertakan kursus yang ditawarkan di Uni. Yarmouk Jordan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. (Equivalent to Honours Degree from Public Institution of Higher Learning)
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
Semoga dapat membantu adik-adik untuk membuat pilihan kursus yang ditawarkan disini. Jika ada kelapangan saya akan sertakan juga lepas ini kursus yang ditawarkan di universiti di Amman. Insyallah.
Penafian :
Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara yang tersenarai adalah merujuk kepada program yang dijalankan secara sepenuh masa di kampus induk universiti berkenaan. Bagi kelayakan yang diperolehi melalui program pengajian di kampus cawangan dan program francais, berkembar, validasi atau kerjasama sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa adalah tidak termasuk kecuali dinyatakan sebaliknya.
(The recognition of qualification from this particular foreign Institutions of Higher Learning referred to the fulltime programme conducted at the campus of parent university. Any qualification obtained through programmes offered at branch campuses and franchise, twinning, validation or collaboration, either in full time or part time basis are not included unless stated otherwise).
Kerajaan Malaysia berhak menarik balik pengiktirafan kelayakan-kelayakan yang tersenarai sekiranya perlu tanpa sebarang pemakluman.
(The Malaysian Government has the right to withdraw any qualification from the list without notice).
Sekian.
Related posts
- Permohonan Ke Jordan sesi 2012/2013
- Senarai kursus yang ditawarkan Uni.Al-Bayt Jordan dan diiktiraf
- Senarai kursus yang ditawarkan Uni.Mutah Jordan dan diiktiraf
- Senarai Universiti di Jordan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia
- Senarai kursus yang ditawarkan Uni.Amman Jordan dan diiktiraf
- Sistem pengajian Jordan yang terbaik diabad ini?
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.






A. Shakir, memang kalau kita melanjutkan plajaran ke luar negara, mmg pasti ke kite akn dpt kerje lepas kuar tuh nanti ??
A.Shakir, amik kursus ape dan duduk kat jordan dah berapa tahun ???
hurm… pasal kerja tu..
sy xpasti dan tak berani nak cakap. tp selalunya keluaran jordan pasaran kerjanya memang banyak.. itu realitinya.. dan itu ramai tak tahu…
Saya ambik pengajian islam syariah feqh wa usul. tahun akhir dah.. tggl 2 bulan lagi nak balik malaysia
insyallah.
mohon doanya yer…
salam..lepasan diploma dq boleh x nk sambung kursus islamic finance kt univ yarmouk ??
Salam.. setakat ni di universiti yarmouk hanya kursus syariah dan usuluddin serta ekonomi islam (tak silap saya) ditawarkan..
Untuk kursus islamic finance tiada ditawarkan..
Mngkin boleh rujuk laman web kPT untuk maklumat lanjut.
sekian..
Salam’alaik. Kalau yang Bachelor Degree in Accounting tu. ada tak student Malaysia yang ambil? Dan kalau ada, dekat borang KPT tu dekat bahagian MAKLUMAT KURSUS PENGAJIAN YANG DIPOHON nak isi apa ya? syukran ‘ala kullli hal
Salam.. setakat ni tiada pelajar malaysia yang ambik kos tersebut. Kos tersebut tertakluk kepada pihak EMJ dan KPT untuk luluskan..
Saudara boleh cuba dahulu atau backup dengan kursus yang lain. Dan jika kursus tersebut ditolak maka hanya kos Pengajian Islam dan bahasa arab sahaja diterima kasuk disana.
Ooh. Kalau Iqtisad Islamiy ada? Macam mana nak isi dekat bahagian yg macam saya maksudkan di atas ya?
Iqtisod islami ada rasanya.. Saya xpasti… Isi seperti biasa mcm kursus-kursus lain.
salam..nak tnye…klo kos islamic banking and finance kerajaan Malaysia iktiraf x???sebab ana tgk kt website universiti Yarmouk ade ditawarkan kos tu bawah faculty shari’a and islamic studies..ni link dye..
http://www.yu.edu.jo/en/index.php?option=com_k2&view=itemlist&layout=category&task=category&id=7&Itemid=168
Salam. Memang kos tersebut ditawarkan disana. tapi pihak EMJ disini akan tapis borang pelajar dan mengkhususkan kursus yang tertentu sahaja. supaya memudahkan urusan tasjil subjek dan kursus tersebut. Kalau maklumat lanjut mintak hubungi pihak kPt untuk kepastian..
Maaf menyampuk. EMJ tu apa ek? Hmm mcm ni. Saya dan kawan dh isi borang utk ke jordan dh hantar pun kt KPT. Cuma kami masih ragu sikit. Kami nak ambil ekonomi dan perbankan islam di Yarmouk.
Dekat bahagian Maklumat Bidang pengajian yang di pohon. Kami tulis: Usul Fiqh(Ekonomi Islam)
peringkat: Ijazah.
Betul ke apa yg kami lakukan? Nanti sampai di sana kami akn belajar usul fiqh dahulu ke?
Mohon pencerahan. Wallahua’lam. Jzakallah akhi.
EMJ adalah wakil KPT di malaysia di Jordan ini. Selain pejabat kedutaan. EMJ ini 100% mengawal dan menyelaras pelajar yang datang ke Jordan.
Kalau di Yarmouk untuk kursus Ekonomi tersebut saya tak pasti perlu belajar feqh usul tu. sebab feqh usul tersebut adalah satu kos yang lain..
sekian.
As salam. Saya nak tanya lagi tentang kursus yg saya nak mohon ni. Ada tak kursus Ekonomi Islam kat Universiti Yarmouk? Kalau ada, saya nak isi kat borang KPT tu bidang pengajian ialah Ekonomi Islam. Mohon penjelasan. Jazakaullah.
Wasalam. Kalau tak silap saya ada ditawarkan kos ekonomi islam di uni yarmouk.
Cuba rujuk link ini : http://www.shakirshafiee.com/v1/2012/03/26/senarai-kursus-yang-ditawarkan-uni-yarmouk-jordan-dan-diiktiraf/
Sekian.
Terima kasih…kalau dapat tawaran ke uni yarmouk..sudi kah sdr. tunjuk ajar kpd saya?
Insyallah.. setakat yang mampu.. tp bulan depan saya dah di malaysia.. tamat belajar
saya berminat untuk mengambil bidang bahasa arab…….adakah saya perlu mengambil kursus bahasa@ kesusasteraan arab ataupun ade kursus lain yang berkaitan dengan bahasa arab?
hanya perlu isi diborang permohonan dan syarat kelayakan spm seperti bahasa arab wajib kredit.
salam..sy nk tye ny..prundangan d jordan..sme k dgn prundngan malaysia?sbb sy dgr2..bdak mlaysia xleyh amik course undg2 djordan..sbbnye..undg2 kte xsme ngn jordan..harap pnjlasan..syukran..
salam,,sy nk tye..kat mne2 uni jordan.ad x course english?mlysian ad xyg amik ? sbb kalo boleh,sy bminat nk jd pkr bhsa english,n nk smbung kat timur tgh,bukan kat ngara brt,insyaallah..ad x akh?kalau boleh kat irbid..
syukran kathir..
salam….kalau lepasan asasi blh tak nk sambung degree dkt yarmouk?
sekarang sy msih lg di asasi um nilam puri,kelntan.
salam.. di jordan sambung degree guna SPM.
salam alaik,,nk tnye,,kalau bidang ilmu faraid harta pusaka,dia bwh bdg/skop ape ye??hrp membntu..