Cacat iman di hujung lidah
March 1st, 2012 | Posted by in Masa LapangCacat iman di hujung lidah
Dingin pagi masih terasa ketika melangkah masuk ke warung Pak Cu yang terletak di pinggir selekoh. Beberapa orang penduduk kampung yang kebanyakannya mahu ke tempat kerja singgah bersarapan dahulu. Berbual mesra bertukar cerita sesama mereka.
Tiba-tiba datang seorang mak cik, juga hendak ke tempat kerjanya. Mungkin berkebun kerana gaya pakaiannya dipakai untuk ke tempat seumpama itu. Dia melangkah masuk sambil memanggil nama pemilik warung.
Mak cik itu meminta sejenis ubat menambah tenaga. Warung Pak Cu, selain mnjual makanan dan minuman juga menjual keperluan harian lain, termasuk ubat-ubat tradisional kampung. Orang kampung yang kebanyakannya bekerja membanting tulang empat kerat, kebiasaannya memerlukan ubat-ubatan begitu. Di warung Pak Culah tempat mereka mendapatkannya.
“Aku kalau tak ada ubat ini tak boleh bangunlah.” Kata makcik itu sementara menunggu Pakcu mengambilkan ubat yang diminta.
Selepas mak cik itu keluar, seorang pak cik berpangkat datuk yang duduk semeja meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kata-kata mak cik yang meminta ubat tadi. Kata-katanya begitu tidak sepatutnya diucapkan.
Terdiam seketika pelanggan-pelanggan yang khusyuk menjamah nasi lemak dengan ‘kuliah’ ringkas dari pak cik tersebut. Tidak terfikir begitu pun seperti apa yang difikirkannya.
Bukan sebarangan orang tua ini. Layaklah dia menjadi datuk kepada cucu-cucunya. Dadanya berisi ilmu, untuk diturunkan kepada anak cucunya kelak.
Kata-kata mak cik tadi boleh mengheret iktikad seseorang berada dipinggir jurang kemusnahan diri.
Boleh cacat iman di hujung lidahnya. Kenapa?
Kerana, antara ubat dan Allah taala, yang manakah sebenarnya member kekuatan kepada mak cik itu untuk bangun?
Demikianlah rumusan dari pak cik yang duduk semeja. Walaupun mungkin ucapan mak cik itu diluahkan tanpa sedar, tetapi di sisi Allah ia tetap diperhatikan.
Teringat pada baris-baris ayat dalam sepotong hadis riwayat Imam Muslim yang membicarakan tentang fitnah di akhir zaman : “….di mana pada waktu pagi seseorang masih beriman, tetapi pada waktu petang menjadi kafir, atau pada waktu petang masih beriman dan pada waktu pagi menjadi kafir…”
Sedihnya kalau menjadi orang beriman yang begitu. Janganlah membiarkan pulut membinasakan santan. Pulut tetap masih boleh dinikmati walaupun tanpa perlu berkuahkan santan. Begitu jugalah dengan perahu yang terlajak, masih boleh diundur.
Tapi kalau terlajak kata….?!
Related posts
- ingat! lampu merah. BERHENTI!
- Facebook bakal ditutup benar ATAU palsu
- Berusaha untuk buat yang terbaik!
- Akhirnya cyinta sampai syurga
- Mencari ketenangan hati
- Muka legend tapi hati kiut - Jambu
- Isi masa terluang dengan Movie Maker
- Ya allah kuatkan hambamu ini!
- Cerita mereka dan Cerita saya
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





terlajak kata buruk padahnya..