Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa
February 8th, 2012 | Posted by in Tazkirah[Hayatilah] Ustaz Azhar Idrus feat Ustaz Don Daniyal bergabung dalam satu tajuk ‘ANAK ASET KE SYURGA
Berlinang air mata saya bila menulis bab ini. Tapi saya cuba untuk berkongsi bersama anda.
Semoga video pendek ini dapat menjelaskan dan memahamkan lagi tentang tanggungjawab peranan sebenar kita sebagai seorang anak. Bukan semasa ibu bapa kita masih hidup, tetapi juga memberi manfaat ketika mereka telah mati. Jadi apa sumbangan kita untuk mereka?.
Adakah hanya mengupah tok imam untuk mengimamkan solat jenazah mereka atau pun mewakilkan kepada orang lain untuk memandikan serta mengkafankan mereka.
Sedih. Kerana kesedaran di kalangan generasi muda sekarang untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat sedikit sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya tahu menyerahkan sepenuhnya kepada orang lain untuk melaksanakannya.
Bayangkanlah jika suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Sanggupkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Dengan alasan “Saya belum bersedia lagi”.
Jika itu jawapannya maka sangat rugilah kita! Amat mendukacitakan sekali. Sedih sekali.
” Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil”
Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut.
Seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, wang bukanlah satu-satunya medium untuk membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Jangan tersilap konsep. Ramai menganggap dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan ‘sedang’ membalas jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.
Adakah kita sebagai seorang anak sudah bersedia memandikan, mengkafankan dan mengimamkan kedua ibubapa kita kelak?. Allahuakbar.
Belajarlah selagi ada masa sebelum mereka pergi meninggalkan kita dalam keadaan kita belum bersedia.
Wallahualam.
Related posts
- Dugaan 'hidup' mengajar erti 'kehidupan' sebenar
- Ucapan 'salam' etika ketinggalan zaman?
- Renungan muhasabah diri
- Hukum Puasa Qadha dan Puasa Sunat 6
- Ketahuilah jika kita bersamaNya
- Perayaan April Fool's Day
- Tujuh Keajaiban Dunia 2011
- SOALAN yang Al-Quran JAWAB
- Dimanakah subuh kita setiap hari?
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



