Jika ada peluang jadi Imam maka jangan ditolak!

February 7th, 2012 | Posted by shakirshafiee in Etika Solat

Bukan imam muda ini imam solat

Perkara ini ditegaskan dalam beberapa hadis Rasulullah bermaksud, “Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Salah satu sikap manusia yang semulajadi ialah apabila mereka sedar bahawa setiap perlakuan mereka sedang diperhatikan, dan akan melakukan perkerjaan tersebut dengan baik sekali demi untuk memuaskan hati 0rang-orang yang berada disekeliling mereka.

Ini adalah salah satu sikap yang ada pada diri kebanyakan manusia.

UAI ada mengatakan dalam ceramah beliau bahawa ikhlasnya hati seseorang hamba itu akan bermula selepas ada perasaan riya’ didalam hati mereka.

Justeru, tidak ada halangan agar kita pergunakan pada permulaan usaha kita untuk khusyuk dan memperbaiki mutu perlaksaaan solat yang kita lakukan.

Antaranya ialah dengan tidak menolak untuk mengimami solat berjemaah jika dipinta ataupun peluang berbuat demikian telah terbuka untuk kita.

Janganlah menolak untuk mengimami solat bersama-sama ahli keluarga, sahabat handai ataupun ditempat kerja.

Sewaktu mengimami solat pula, imam tersebut akan berusaha pula menyempurnakan rukuk dan sujud dengan sebaik yang mungkin di samping menjaga pergerakan di dalam rukuk dan sujud itu. Perasaan semacam ini yang saya penah rasa dan perlu ada dalam diri anda juga.

Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).

Sasarannya. bagaimana solat berimamkan anda diterima oleh Allah, serta perasaan ini akan memperlihatkan pada diri anda kesalahan dan kesilapan anda seterusnya. Ia akan memimpin anda untuk memperbaiki solat itu serta meningkatkan mutunya. Begitu juga ia akan mendorong anda menambah penghafalan serta mengingatkan anda terhadap surah-surah atau ayat-ayat Al-Quran.

InsyaAllah kita sama-sama cuba menjadi yang imam yang terbaik jika ada peluang. Jangan sia-siakan peluang yang ada.

Lebih penting lagi teruskan memperbaiki kelemahan dan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan perihal seorang imam baik.

Akhir kata, jaga diri dan sama-sama kita perbaiki diri termasuk diri saya juga.

Wallahualam.

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

3 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge