Bermula semester terakhir saya 5.2.2012 – 31.5.2012

February 4th, 2012 | Posted by shakirshafiee in ShakirShafiee

tak sabar nak isi barang atas troli untuk ole-ole ke Malaysia nanti

Azam semester baru 2012 bermula.

Setelah hampir sebulan lebih bercuti, Akhirnya semester baru menjengah kembali.

Semangat dan tekad berkobar-kobar untuk menamatkan pengajian sarjana muda ini kian melonjak. Semoga semester ini saya lulus dengan cemerlang. Doakan saya!

Hanya kurang dari 4 bulan. Dengan izin dan redha Allah saya akan mengengam segulung ijazah.

Terasa seperti baru tiba disini 4 tahun dahulu dan kini sudah dipenghujungnya. Jika dibelek gambar lama saya tersenyum sendirian melihat wajah excited darah muda saya untuk memulakan sem baru. Semuanya berwajah bersih dan suci untuk menjejakkan kaki di bumi isra’ ini.

Tapi sekarang agak dimakan usia walaupun baru melintas 26 tahun.

Jika dulu hanya fasih berbahasa Melayu tetapi sekarang Alhamdulillah mampu bertutur dalam bahasa arab dengan baik. Walaupun ada loghat kampung sedikit.

Itu semua pengalaman saya selama 4 tahun.

Bagi semester terakhir ini, saya tidak mempunyai subjek yang sangat killer, hanya subjek pilihan universiti serta pengetahuan am sahaja.  Jadi, hanya perlu tambahkan bahan bacaan sahaja. Pensyarah yang dipilih juga sangat mudah dan senang untuk  berbincang sekiranya tidak faham serta baik hubungan mereka dengan anak-anak Malaysia disini.

Secara ringkas, inilah 15 jam kredit =5 subjek yang terakhir sekali saya ambil di Mutah Universiti:

1- Dakwah Kitobah (Pengucapan awam)

2- Thaqofah Islamiah (Pengetahuan Islam)

3. Feqh Qodo (Kehakiman)

4. Ahkam Waqof

5. Kahroba (elektrik)

Semoga kejayaan milik kita akan diperolehi bersama-sama manfaat ilmu yang dipelajari.

shakshaf : Setiap perkara ada permulaan dan pastinya akan berakhir. InsyaAllah. Dalam perancangan untuk meneruskan ‘family bisnes‘ sebelum meneruskan pengajian peringkat sarjana bulan 7 nanti. InsyaAllah

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

8 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge