Cinta dan TakdirNya aku dioversea

January 26th, 2012 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan

Mutah. Disini lembaran cinta pertama itu bermula.

Dataran Shuhada Mutah

Sesungguhnya Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk kita, tentulah Dia yang menemukan kita dan Dialah jua yang Maha kuasa untuk memisahkan kita. Dari keluarga, sahabat dan sebagaianya.

Tetapi, sebagai hamba yang lemah ini, aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku kesempatan untuk mengenali Kota Karak. Lama juga untuk aku menjejakkan kaki disana untuk melunaskan kerinduan kepada Kota tinggalan Salahuddin Alyubi yang bermulanya era kegemilangan Islam bermula menakluki Kota itu keseluruhannya.

Dan paling tidak mungkin aku lupakan cinta itu berputik di sebuah dataran syuhada bernama Mutah.

Walaupun dataran ini sudah berusia lebih 629M dahulu tetapi semangat dan roh jihad mereka-mereka para syuhada seakan-akan menyelap masuk ke dalam hati dan sanubari ini untuk bangun melawan musuh yang cuba melawan.

Saat pertama kali menjejakkan kaki di Mazar yang terletaknya makam para sahabat nabi yang wafat ketika peperangan Mutah tidak mampu padamkan garis-garis dan bilah-bilah waktu yang pernah terukir suatu ketika dahulu.

Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran.

Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja

Restu itu perlu dari keluarga

Aku masih ingat lagi apabila ditawarkan untuk menyambungkan pengajian dalam bidang bahasa dan linguistik di Universiti Putra Malaysia pada september tahun 2008 yang sudah menjadi impian setiap mahasiswa untuk memegang segulung ijazah dari sebuah universiti. Walaupun aku sudah hampir menamatkan satu semester disana bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Satu semester berlalu yang tiada perubahan bagi diriku,dari segi pertuturan,qawaid dan nahu semuanya tunggang-langgang. Dan aku terfikir mungkin tiada keberkatan dan restu keluarga. Itu silapku yang aku tidak sedar dengan sikap mementingkan diri sendiri akhirnya memakan diriku sendiri.

Memang pada mulanya keluargaku menentang keputusan aku untuk ke UPM, tetapi aku tetap berkeras hati dengan alasan aku mahu menjaga keluarga dan adik-adik.

Akhirnya aku mengalah.

Ibu dan ayah memujuk aku untuk belajar di luar Negara, kata mereka di sana ilmu lebih berkat dan bahasa arab lebih baik untuk dipelajari.

Aku mula menyemak laman web mohe dan KPT, bertanya kepada rakanku yang berada disana, bermuzakarah dengan sahabat yang rapat dan akhirnya dengan lafaz bismillah aku memilih Universiti Mutah Jordan sebagai medan untuk aku berjuang.

Takdir dari Allah, aku berjaya melanjutkan pengajian kesana.

Dan bertarikh keramat 10.2.2009  jam 3.00am aku terbang buat kali pertama dalam hidup meninggalkan segala-galanya dengan harapan besar dari keluarga untuk membawa pulang sebanyak mungkin ilmu untuk masyarakat dan Negara.

Alhamdulillah. Berkat doa dan nasihat ibu dan ayah. Terima kasih

Aku sudah berada di penghujungnya, hanya berbaki satu semester fasal thani 2012 dan juga berbaki lagi 5 subjek untuk dihabiskan.

Maka, Disini lembaran cinta itu akan berakhir.

This post was written by

shakirshafiee – who has written 378 posts on Kongsi Sampai Mati.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

4 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge