Welcome to Delicate template
Header
Just another WordPress site
Header

Sejarah dan Kisah Laut Mati di Jordan

January 25th, 2012 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan

Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan dan kira-kira 95 km dari Mantiqah Karak .

Laut Mati bersebelahan dengan  Negara Palestin yang kini ditakluki oleh Yahudi Laknatullah yang boleh dilihat dari sini. Berada 397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.

Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.

Nabi Luth a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda Hasan bin Tareh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengikuti Nabi Ibrahim berhijrah dari Babylon (Iraq) ke Palestin yang dikenali dengan wilayah Kana’an pada ketika itu.


Seterusnya mereka ke Mesir dan berpisah di situ. Nabi Luth a.s berhijrah ke satu kawasan bernama Sodom dan Jemoroh yang kini merupakan kawasan bernamaJazirah Lisan terletak di selatan Laut Mati.

Menurut riwayat Imam Abbusyakh dari Said bin Abi Arubah kaum Nabi Luth a.s berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan oleh Allah S.W.T disebabkan melakukan perbuatan terkutuk iaitu Homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum terdahulu.

Ini diterangkan di dalam Al-Quran ayat 80-81 Surah Al-A’araf :

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: ”Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
81. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”.

Perbuatan keji yang dimaksudkan di dalam ayat 80 ialah Homoseks.

Dakwah dan amaran keras Nabi Luth a.s tidak dipedulikan oleh kaum Sodom dan Jemoroh malah mereka bertindak untuk mengusir Nabi Luth a.s dari wilayah tersebut dan menuduh Luth a.s hanya berpura-pura menunjukkan kebaikkan.

Setelah dakwah dan usaha baginda tidak berhasil, maka berdoalah Nabi Luth a.s supaya ditimpakan bencana terhadap kaumnya yang sudah melampaui batas.

Maka Allah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.

Firman Allah di dalam Surah Hud ayat 82 :

2. Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Begitulah kisah umat Nabi Luth a.s yang telah dilenyapkan oleh Allah serta merta.
Ziarah untuk mengambil iktibar dari kisah Nabi Luth a.s

Melihat kepada umat Islam ketika ini pula, saya amat berasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh bangsa arab Islam sendiri. Sikap yang mereka tunjukkan langsung tidak mengambil iktibar dari kisah yang telah menimpa kaum Luth a.s.

Sudah banyak kali saya berpeluang berkunjung ke Laut Mati dan melihat arab masih leka dan bersuka tanpa mempedulikan waktu solat. Jika mereka berendam di Laut Mati sebelum Zohor mereka naik untuk makan beberapa ketika, kemudian berendam semula hinggalah selepas asar. Jika berendam sebelum Maghrib, selepas Isyak baru nampak mereka membilas dengan air biasa. Di mana solat mereka?.

Untuk pelancong dan pengunjung dari Malaysia, Alhamdulillah mereka masih kuat mengingati waktu solat, jika tiada ada kawasan khas untuk solat mereka akan solat di atas pasir dan rumput yang bersih di sekitar kawasan Laut Mati.

Cuma masih ada satu persamaan dengan arab, kebanyakkan mereka ke Laut Mati lebih untuk mengambil ‘khasiat’ dari air Laut Mati yang belum terjamin khasiat jika Allah tak izinkan. Bukan mereka datang untuk mengetahui kisah sejarahnya lalu mengambil pengajaran dari kisahnya.  - Sumber

This post was written by

shakirshafiee – who has written posts on shakirshafiee™.
MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

One Response



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>