
PERTANDINGAN BLOG
Terma dan syarat :
Terbuka kepada seluruh pelajar Malaysia Jordan.
Blog akan dinilai dari 5 aspek :
1. Susun atur blog
2. Mesra pelayar
3. Mudah capaian
4. Aspek keselamatan daripada virus dan spam
5. Penampilan dan kekemasan

PERTANDINGAN BLOG
Terma dan syarat :
Terbuka kepada seluruh pelajar Malaysia Jordan.
Blog akan dinilai dari 5 aspek :
1. Susun atur blog
2. Mesra pelayar
3. Mudah capaian
4. Aspek keselamatan daripada virus dan spam
5. Penampilan dan kekemasan
Mutah. Disini lembaran cinta pertama itu bermula.
Dataran Shuhada Mutah
Sesungguhnya Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk kita, tentulah Dia yang menemukan kita dan Dialah jua yang Maha kuasa untuk memisahkan kita. Dari keluarga, sahabat dan sebagaianya.
Tetapi, sebagai hamba yang lemah ini, aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku kesempatan untuk mengenali Kota Karak. Lama juga untuk aku menjejakkan kaki disana untuk melunaskan kerinduan kepada Kota tinggalan Salahuddin Alyubi yang bermulanya era kegemilangan Islam bermula menakluki Kota itu keseluruhannya.
Dan paling tidak mungkin aku lupakan cinta itu berputik di sebuah dataran syuhada bernama Mutah.
Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan dan kira-kira 95 km dari Mantiqah Karak .
Laut Mati bersebelahan dengan Negara Palestin yang kini ditakluki oleh Yahudi Laknatullah yang boleh dilihat dari sini. Berada 397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.
Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.
Nabi Luth a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda Hasan bin Tareh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengikuti Nabi Ibrahim berhijrah dari Babylon (Iraq) ke Palestin yang dikenali dengan wilayah Kana’an pada ketika itu.
