Welcome to Delicate template
Header
Just another WordPress site
Header

Tidak timbul istilah langkah bendul dalam Islam

December 24th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Barakallahulakuma

Selamat menempuh alam baru yang penuh barakah, sakinah dan mawaddah ini

Jangan sulitkan perkara yang mudah lagi sunnah ini.

Sekiranya sudah sampai seru untuk berkahwin, maka berkahwinlah.

Tahniah diucapkan kepada adik kandung saya kerana telah pun selesai majlis akad nikahnya selepas maghrib semalam di Kulim, Kedah bersama dengan pasangan tercintanya.

Maka secara rasmi statusnya telah bertukar kepada berkahwin.

Hanya saya yang masih menunggu hari dan waktu untuk ijabkabulkan. Tapi bilakah waktu itu. Saya pun tidak pasti.

Perasaan cemburu juga sedikit kecewa semestinya ada sekelumit di pelusuk hati ini. Tetapi sebagai seorang abang dan sebagai seorang yang masih lagi berstatus pelajar saya terima hakikat ini dengan hati yang terbuka bahawasanya adik saya sudah berkahwin.

Misi saya hanya satu sekarang. Membawa pulang segulung sijil ke Malaysia dengan cemerlang dan terus pinta kepada ibu untuk segerakan perkahwinan saya juga. Doakan saya. Moga impian jodoh dariNya akan dimakbulkan. Setiap hari saya memujuk hati supaya bersabar dan terus bersabar agar matlamat asal saya tidak lari.

Istilah langkah bendul selalu diperkatakan dalam masyarakat melayu kita apabila seorang adik samada lelaki atau perempuan melangkaui kakak atau abangnya dalam hidup berumahtangga. Apa jua  keadaan yang berlaku saya redha dengan ketetapanNya. Ingat lah sentiasa, setiap kesusahan pasti ada kesenangan,

Dan ini saya ada terbaca perihal langkah bendul mengikut adat orang Melayu:

  • Kalau si adik berkahwin dahulu sebelum kakak (langkah bendul), si kakak akan makin susah untuk dapat jodoh.
  • Kalau si adik kahwin dahulu sebelum kakak (langkah bendul), ianya adalah satu penghinaan terhadap si kakak dan kakak akan berasa terhina.

Ingatlah Jodoh itu urusan Allah!

Bagi saya soal jodoh dan mati adalah dalam perancangan Allah, dan tiada siapa tahu. Jika Allah telah ketemukan jodoh adik kita dahulu itu mesti ada sebab yang perlu kita selidik dimana salah dan silapnya. Mugkin siabang atau kakak tersebut belum lagi bersedia atau sebagainya.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Insyaallah. Syukur Alhamdulillah, Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan keluarga ku. Ameen.

shakshaf : Buat adinda yang dicintai keranaNya. Selamat menempuh kealam barumu iaitu alam rumahtangga. Suami sebagai nakhoda pelayaran dalam mengendalikan haluan rumahtangga haruslah saling berpersefaham dan berkerjasama dengan isteri yang berperanan sebagai pembantunya dalam urusan rumahtangga seharian tatkala ombak kehidupan membadai.

Andainya mereka gagal menegemudikannya, kehidupan perkahwinan mereka pasti akan bertukar menjadi satu pelayaran yang sukar. Maka, pasangan akan melalui berbagai duri dan ranjau di sepanjang pelayaran sebelum sampai kepelabuhan.

Kesimpulannya, dengan berbekalkan ketabahan, ketenangan dan keteguhan jiwa, bahtera yang dilayari pasti dapat menahan tiupan badai di lautan yang besar dan sampai kedestinasinya dengan selamat.
Renungilah surah-surah al Qur’an berikut:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,….” (Surah Ankabut ayat 2-3)

“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah ayat 286

Segala-galanya harus jelas.

“Jika kita yakin akan urusan jodoh, percayalah Allah akan permudahkan” kata seorang sahabat.

This post was written by

shakirshafiee – who has written posts on shakirshafiee™.
MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

4 Responses

  • Nasuha Syukri says:

    bnyk infoyg bermanfaat yg saye perolehi dari blog ni..=)
    jazakallah khairan kathira ya sodiqi..

  • as salam..
    hurmm..apa yg saudara rasa
    sama spt apa yg saya rasa…
    saya pulak..kedua2 adik dah bertunang
    dan akan buat majlis perkahwinan serentak
    pada tahun depan (2013)…….
    saudara spt sya jgk..saya belajar pun jauh
    tpi bukan luar negara la….
    masa majlis pertunangan adik saya
    saya ada balik sekjup
    time mjlis tu
    ada 1 orang mak cik sya menangis
    sbb sedih tgk saya…
    suma orang terkejut
    adik sy bertunang dlu drpd saya…
    masa tu…sy mampu snyum je..
    tpi dlm hati..hanya ALLAH je yg tahu
    n da way balek ke u..dlam flight
    sy menagis habis2san….sbb tak tahan..hehe
    hanya air mata jela teman saya
    smpai skrank….
    just share the feeling
    mybe skrank saudara dah kawin
    n selamat maju jaya…

  • eyma says:

    Salam..semalam baru saja adik saya diminang…hehe..
    bertujai soalan utk saya ‘bila giliran kakaknya’..
    soalan mcm tu biasala..masyarakat. dan orang sekeliling..adik beradik rilek je..
    cuma sahabat dan saudara mara…

    tapikan selagi kite percaya jodoh itu ketentuan allah..
    kita tak akan terlalu sedih..
    pada pandangan saya sekali pon allah tidak menentukan jodoh saya didunia..
    di akhirat itu pasti ada..insyaalllah…

    kepada sesiapa diluar sana yang dilangkah bendul, chill aja ok..=))

    “a good thing come for those who wait “…berdoalah jangan putus…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>