Majlis Konvokesyen saya Universiti of Jordan
December 18th, 2011 | Posted by in Kembara JordanMajlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
23 Disember
Jumaat
Hotel Le Meridien, Amman
5.30pm – 10.00pm
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya, dapat saya bersama dalam upacara yang gemilang ini.
Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) kerana memberi kehormatan kepada kami dengan Malam Graduan Gemilang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 nanti. Majlis ini adalah suatu sejarah bagi saya dan suatu peristiwa yang akan dinggati selamanya nanti.
Alhamdulillah berbaki lagi 6 hari sahaja lagi pesta konvokesyen buat pertama kali diadakan di Jordan untuk pelajar-pelajar Malaysia yang bakal menamatkan pengajian mereka. Syukur jugs kerana saya juga dipillih untuk menjadi salah seorang peserta Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011. Jumpa disanaaa.
Assalamualaikum W.B.T – Pautan blog MPPMJ
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik adalah merupakan majlis yang julung-julung kali dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ). Majlis ini bertujuan untuk meraikan mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajian di Jordan dan juga mahasiswa yang berjaya mencapai kejayaan dalam pelajaran pada sesi pengajian yang lepas.
Kecemerlangan ilmu dan prestasi akademik serta kekuatan nilai kemahiran diri adalah aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap mahasiswa sebelum bergelar sebagai seorang siswazah. Aspek-aspek ini boleh diransang dengan pelbagai sumber dan wasilah yang kognitif dan ilmiah. Oleh itu, setelah pelbagai cabaran dan rintangan dihadapai, maka Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telah merangka dan menyusun sebuah Majlis Anugerah Mahasiswa Cemerlang sebagai suatu simbolik detik indah yang amat dinanti-nantikan oleh setiap mahasiswa amnya dan para graduan khususnya.
Sebagai sebuah badan responsif, majlis yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) ini adalah selaras dengan matlamat organisasi yang telah digariskan dalam melahirkan mahasiswa yang mampu memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran di peringkat antarabangsa. Disamping itu, ianya turut memberi manfaat kepada para mahasiswa untuk mengukuhkan lagi entiti Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sendiri.
Sehubungan itu, adalah diharapkan majlis ini mampu menjadi pendorong kepada graduan dan mahasiswa untuk lebih tampil bersemangat serta dapat memberi kebaikan dan kemaslahatan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga perancangan yang direncana oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) untuk sesi 2011/2012 ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan memperoleh keberkatan serta keredhaan Allah s.w.t.
*Rujuk Persatuan Zon(PZ) anda untuk sebarang maklumat berkaitan kehadiran ke majlis ini
shakshaf : Tammat alam Universiti dan akan bertukar ke alam pekerjaan pulak~!
Related posts
- [GAMBAR] Laut yang tidak tenggelam
- Status halal minuman Barbican mengelirukan?
- Pilihan Raya Kampus: Demokrasi dicemari hantu berijazah Sarjana Syariah?
- Kenyataan Rasmi MPPMJ Berhubung Isu Penubuhan Organisasi Selain Persatuan-persatuan Yang Berdaftar Di Bawah JPMJ
- Bekalan internet terputus dua hari
- Pelajar Perubatan Malaysia Jordan meninggal dunia. AlFatihah
- PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH (PPI) Jordanian only!
- Alangkahnya Indah Hidup BerPERSATUan
- Realisasikan impian sebagai seorang PEGUAM
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





tahniah ye…:)
Gee recently posted..apa kaitannye ye?
terima kasih
Hang da abis blaja ke???bkn thn depan ke??
sini.. konvo awal satu semester
)
tahinah ye semua,=)
Layyinul Harir recently posted..aku nak bela ikan..boleh tak?eh!
terima kasih yer
tahniah……konvokesyen memang satu kenangan yang terindah…….tak sabar nak konvo tuk degree plak….hehe…
Nurul Nadiah Mamat recently posted..Final Week
meh ke rumah..:)
wedding tanpa pic pengantin…boleh?
keep in touch k..*wink*
dda ly recently posted..~mamie fahmi’s & lydiawana weddingday @ flora cafe ampwalk~
jauh dari malaysia mcm mana nak p umah
TQ
wow. congrats

Nik Evi recently posted..Alhamdulillah; My First Job
terima kasih..