Kisah 4 tahun lalu semasa saya di tahun 1
December 11th, 2011 | Posted by in Kembara JordanRibut pasir sewaktu mula-mula sampai di Bumi Jordan (edisi kemaskini 2012- 2008)
Firman Allah taala : يأيها الذين ءامنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang batil. (Al-Nisa’ 4 :29)
Kisah ini sudah pon berlaku pada hampir 3 tahun yang lepas. Jadi terdetik dihati untuk berkongsi kisah suka duka menjadi anak perantau di bumi asing ini. Memang ada seronoknya tapi ingatlah. Tidak semua yang seronok itu manis adakalanya pahit yang perlu kami telan.
Jadi terimalah kisah dan pengalaman saya dan kawan-kawan di bumi asing Jordan ini.
Allah kau kuatlah kesabaran hambamu ini. Sengaja aku mulakan post aku kali ini dengan ayat Allah dari surah al-Nisa ayat 29, kerana ingin aku kongsikan bersama kalian suatu peristiwa yang telah menimpa aku dah ahli rumah aku yang diberi nama Bayt Malizie. Ikutilah kisah aku ini.
Sewaktu aku mula-mula sampai di bumi Jordan bersama Kett dan Jemi, kami disambut oleh Fudhail, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA) di Lapangan Terbang Queen Alia. Setibanya kami di Bayt Malizie kami disambut oleh Amir dan Izul, ahli Bayt Malizie dengan penuh ramah sekali.
Sewaktu itu kami sampai di Jordan, kami disambut oleh ribut pasir dan keesokannya pula kami di sambut oleh dengan salji nipis, sejuk tak terkata, sehingga Kett sentiasa meletakkan air ke dalam botol plastik untuk dipanaskan untuk digunakan mengambil wudhu di tepi soba @ pemanas udara sehingga kemek botol plastik kerana kepasanasan. Kami sering ditegur oleh ahli bayt yang lain, Izul, Fudhail dan Amir supaya mengurangkan penggunaan soba kerana soba yang kami gunakan itu adalah soba elektrik. Teguran tersebut ibarat mencurah air ke daun keladi, kerana kami yang biasanya hidup dengan cuaca 30 darjah celcius terpaksa menghadapi cuaca 2-5 darjah celcius, mana mungkin badan kami dapat menanggungnya. Boleh dikatakan dalam 24 jam sehari, hampir 18 jam kami menggunakan soba. Kesejukan yang kami alami membuatkan aku sendiri terpaksa memakai 4 helai baju, 3 helai seluar dan 2 pasang sarung kaki ketika pergi ke university kerana kesejukan.
Setelah setengah bulan aku disini, aku sudah biasa dengan cuaca sejuk ini. Namun aku, Kett dan Jemi masih menggunakan soba tetapi bukan soba elektrik sebaliknya kami menggunakan soba gas yang baru sahaja dibeli kerana takut-takut bil elektrik melambung. Kini Ket tidak lagi memanaskan air menggunakan soba, dia sudah biasa menggunakan air sejuk untuk mengambil wudhu. Buat pengetahuan kalian semua rumah mahasiswa Malaysia di Mu’tah mempunyai sakonah @ pemanas air, tetapi tidak di Bayt Malizie. Kalau tidak tahan sangat dengan kesejukan, merebus air adalah kebiasaannya. Begitulah keadaan Bayt Malizie.
Bil elektrik pun mula menunjukan batang hidungnya, AlhamduliLlah, bil elektrik tersebut tidak melambung terlalu banyak, hanya sekitar JD20 yang bersamaan RM100. Mungkin penggunaan soba elektrik yang terlalu kerap menjadikan bil tersebut mencecah JD20, kata Amir selalunya bil elektrik rumah ini sekitar JD10 sahaja. Sehinggalah sampai bil kedua yang membuatkan aku dan ahli bayt yang lain terkejut kerana bil elektrik naik dengan mendadak sehingga mencecah ribuan ringgit. Bil elektrik yang baru adalah JD259.465 lebih kurang bersamaan RM1,300. Mana mungkin bil elektrik boleh melambung sebegitu tinggi sedangkan kami tidak lagi menggunakan soba elektrik. Apabila aku suarakan perkara ini kepada sahabat-sahabat lain. Mereka menyatakan bahawa bil rumah mereka juga naik kerana musim syita @ musim sejuk namun tidaklah banyak sangat, sekitar JD50 sahaja.
Izul sebagai ketua rumah mula tidak senang dengan kenaikan itu, dia mula menyiasat perkara tersebut sehinggalah dia dan aku merancang untuk mematikan suis utama elektrik dan melihat apa yang bakal terjadi. Buat pengetahuan kalian, Bayt Malizi bercantum dengan sebuah rumah lagi yang didiami oleh mahasiswa dari Thailand dan sebuah bilik yang didiami oleh anak tuan rumah. Di atas Bayt Malizie pula letaknya rumah tuan rumah. Elektrik Bayt Malizie dan rumah yang didiami mahasiswa Thailand adalah satu meter. Maka jika bil elektrik sampai kami akan berkongsi untuk membayarnya. Belum pun bayar JD259.465, TNB Jordan dah menyatakan bahawa bil elektrik akan datang sekitar JD70. Aduhai, mana kami hendak korek duit. Kami datang ke sini sebagai pelajar bukan sebagai pekerja. Duit yang ada sekarang ini pun cukup-cukup makan.
Hendak dijadikan cerita, ketika Izul mematikan suis utama, aku pula ketika itu berada di luar rumah, aku telah melihat suatu perkara yang terasa kami ini dizalimi. Bukan sahaja lampu di Bayt Malizie dan rumah sebelah terpadam akan tetapi lampu di bilik anak tuan rumah juga turut terpadam. Mulanya akau seperti tidak percaya, aku menyuruh Izul mematikan suis tersebut lagi sekali dan lebih lama. Natijahnya mata aku tidak tersilap pandang. Aku dan Izul menunggu kepulangan ahli bayt yang lain dan kami membuat ‘eksperimen’ lagi sekali bersaksikan aku, Amir, Kett dan Jemi. Natijahnya tetap sama, kami dizalimi, lampu bilik kepunyaan anak tuan rumah juga terpadam. Ini bermakna anak tuan rumah telah mencuri elektrik kami untuk kegunaannya . Ini suatu perkara yang batil. Namun adakah dengan hanya mencuri sedikit elektrik menyebabkan bil elektrik melambung. Buat pengetahuan kalian dibilik anaknya bukan sahaja terdapat lampu bahkan komputer, internet, televisyen, parabola dan pendingin hawa. Fikirkanlah…
Oleh kerana itu aku memulakan post ini dengan ayat tersebut kerana perbutan memakan harta orang lain dengan jalan yang batil adalah sangat zalim dan telah melanggar batas-batas syariat. Cara ini boleh dinamakan sebagai mencuri hak orang lain. Kalau dibicarakan di mahkamah insya Allah yang dizalimi seperti kami akan menang bicara. Sebelum ini tuan rumah memang ada menyatakan pada kami untuk menaikkan sewa rumah dari JD90 ke JD110, namun kami tidak bersetuju kerana kemudahan Bayt Malizie tidak seperti rumah sewa lain yang diduduki oleh pelajar Malaysia di Mu’tah. Contohnya di rumah lain terdapat sakonah yang disediakan oleh tuan rumah, tangki air mereka berkapasiti 2-4 meter, sedangkan kami hanya 2 meter. Buat pengetahuan kalian di Jordan, air hanya naik ke tangki seminggu sekali, selalunya di Bayt Malizi pada hari Khamis. Dengan berbekalkan 2 meter itulah kami berenam cuba berjimat menggunakannya dalam masa seminggu. Selain itu, bilik aku juga sering bocor dari atas (rumah tuan rumah) kerana isterinya membasuh lantai rumah. Pernah satu malam, aku dan ahli bayt yang lain keluar mengikuti kelas tafaqquh, ketika itu bilikku bocor menyebabkan air basuhan isteri tuan rumah telah menitis ke laptopku dan telefon bimbitku. AlhamduliLlah laptopku kembali pulih namun telefon bimbitku telah rosak. Oleh kerana itu kami tidak bersetuju beliau menaikan sewa rumah sehingga mengadakan sakonah, menambah bilangan tangki air dan memastikan air tidak bocor lagi.
Aku tidak tahu adakah Izul ada menyatakan padanya atau tidak, tapi apa yang pasti bilikku tidak bocor lagi setakat ini. Aku tidak tahu apa kah yang akan terjadi selepas ini. Adakah disebabkan kami tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut menyebabkan anaknya sanggup mencuri elektrik dari rumah kami. Adakah kami akan kekal tinggal disini. Setakat perbincangan yang telah dibuat sesama ahli Bayt Malizie, kesemua ahli Bayt Malizie bersetuju untuk berpindah dari rumah ini dan mencari rumah lain. Sementara itu buat seketika ini kami masih menetap lagi di sini sehinggalah imtihan nihaie @ final exam berakhir pada 03.06.09. Selkarang kami masih lagi mencari rumah sewa yang baru. Artikal yang berkaitan sini dan sumber asal sini
p/s : Ini sekadar perkongsian untuk kita lebih berhati-hati dalam berurusan dengan arab. Jangan sesekali bermain dengan duit dengan arab, nahas nanti.
WaLlahu a’lam
Related posts
- 4 jejaka melakar sejarah sendiri
- Pelajar Malaysia Madinah lemas ketika mandi dilaut
- Kematian Osama palsu atau benar?
- Nikmat Salji : Rezki orang perantau!
- Dari Malaysia merantau ke Jordan
- Tidak mustahil bagi Allah, tetapi mustahil pada manusia?
- [GAMBAR] Laut yang tidak tenggelam
- Blog ini ibarat keluarga yang besar tapi... Beringatlah!!
- Kenyataan Rasmi MPPMJ Berhubung Isu Penubuhan Organisasi Selain Persatuan-persatuan Yang Berdaftar Di Bawah JPMJ
- [Gambar] Aset bernilai jutaan Dinar Raja Jordan
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





salam.
ya Allah.tak terkata..tergamak sungguh curi hak org lain..dah tuh melampau lampau pula.ishk.
lepas baca post ni rasa terpukul,sebelum ni suka sangat merungut itu xckup ini xckup..serba x kena tnggl kat sini..bila baca post kwn2 kt ngara2 lain baru sedar hakikat sbenar.Kena lebih bersyukur T__T
alexa yussida recently posted..keliru still
Eh, teruk nye dorang !
Abis tu A.Shakir xlapor ke kat polis ?
Tak adil laa dorang layan pelajar Malaysia macam tuh.