Apa guna Mahar tinggi andai TIADA redha Illahi!

December 6th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Perkahwinan

Warkah Buat bakal Mertua..

Mertua, aku hargai, aku sanjungi, malah aku amat memahami segala jasamu dalam mendidik anak perempuanmu, sejak dari sekecil tapak tangan. Hinggalah sebesar sekarang, mengenal erti halal haram, sunat makruh, sehinggalah menjadi mujahidah yang terbilang dalam perjuangan.

Namun sanggupkah kamu menggadaikan semua penat jerih kamu itu dengan berkeping-keping not kertas ini?

Mertua, ketahuilah, mahar itu bukanlah ukuran kepada nilai anak perempuanmu, bukan juga untuk di perbandingan dengan jiran tetanggamu. Namun nilai anak perempuanmu itu adalah terletak pada murni akhlaknya, tinggi budi pekertinya, dan Patuh pada suaminya.

Mertua, Sesungguhnya perkahwinan itu bukanlah suatu perkara yang susah. Maka janganlah disusahkan urusan yang mulia ini. Janganlah di atur-atur ranjau dan liku di sepanjang jalan untuk menuju ke sana, jangan sampai penzinaan di jadikan pilihan bilamana perkahwinan itu di susahkan,

p/s: Namun bukanlah warkah ini bertujuan untuk menidakkan hak perempuan dalam meletakkan nilai maharnya, tetapi sekadar kritikan terhadap sesetengah manusia yang melampau-lampau dalam perkara ini.

Sabda Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam, “Artinya : Diantara keberkahan seorang wanita ialah yang mudah urusannya dan murah maharnya.” [Hadits Shahih Riwayat Abu DawudVI/77&91, Ibnu Hibban 1256, Al-Bazar III/158,]

Dan apa gunanya mahar yang tinggi, kalau darinya terbina keluarga yang di selubungi hutang?

-Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang telah, bakal mahupun akan mendirikan rumah tangga, semoga Allah memberkati perkahwinan kalian

Perkongsian hebat ini dari sahabat seperjuangan. Jom layari HisyamAhmad.com.

This post was written by

shakirshafiee – who has written 427 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

One Response



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>