Pelajar Perubatan Malaysia Jordan meninggal dunia. AlFatihah
December 3rd, 2011 | Posted by in Kembara JordanApakah kita sudah bersiap untuk menghadap tuhan semesta alam? atau sebaliknya..
Innalillah wainna ilaihi rajuun. Itu benar dan hakiki!.
Yakinlah, Dari Allah kita datang dan dari Allah kita kembali.
Saya dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat hari ini tetapi kali ini melibatkan pelajar tahun 3 JUST Saudara Mohd Ilham Ellani Bin Jamal yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.15 petang tadi [waktu Jordan ] 3 Disember 2011. Saya tidak pasti apa puncanya, dan ada yang mengatakan beliau menghidap barah.
Setiap yang hidup pasti merasai mati tiada siapa yang ‘tahu’. tiada siapa yang dapat melawan takdir hari teakhir kita bermusafir dan mengembara ditanah bumi pinjaman ini.
MAKA, Apabila meninggal anak adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara. : 1.Sedekah jariah 2.ILMU yang BERMANFAAT 3.DOA anak yang SOLEH..
Kematian merupakan satu kemestian, satu perkara yang wajib bagi hidupan. Tak kira dimana kita berada, yang penting bagaimana kita mempersiapkan diri.
Jadi, kita sebagai hambanya yang manis hidup ini haruslah mempersiapkan bekalan menuju kehidupan yang sesungguhnya pengakhiran kita di akhirat kelak. Syurga sebagai balasan bagi orang-orang yang telah mempersiapkan bekalan dengan baik, dan neraka sebagai tempat kembali yang buruk dan diperuntukkan bagi orang-orang yang lalai semasa hidupnya di dunia.
Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang beruntung, sehingga mendapatkan syurgaNya dan diselamatkan dari siksa api neraka. Semoga Allah senantiasa membimbing umat Islam untuk senantiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan dirahmati Allah SWT. Bagi sesiapa yang tidak mengenali beliau ini alamat Fb beliau : Illham Ellani
Dibawah ini adalah print screen dari Fb beliau. Status terakhir beliau yang menyentuh hati saya pada 28.11.2011 sebelum pergi menemui Yang Esa pada 3.12.2011. Mengalir air mataku….
Al-Fatihah
Cukuplah ia sebagai peringatan untuk kita yang masih diberikan peluang untuk terus hidup ini
Related posts
- Terjah Senja ciptaNya di kaki bukit
- Seorang demi seorang pulang ke Malaysia
- Menulis, kerana itu cara saya menentang mati?
- Siri Kembara Jordan
- VIDEO PROMO PERTAMA Kali ke5
- Selamat berkempen buat warga Jordan
- Contest wallpaper Mu'tah 2010
- Jawatan : Amanah atau Anugerah
- Menakluki lokasi Filem Nur Kasih (7 Wonders Petra Jordan) kali ke9
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.






alfatihah buat beliau dan takziah buat keluarga beliau..semoga almarhum ditempatkan bersama para solehin…
Ameenn.. insyalllah.. sama-sama kita doakan..
alfatihah..
takziah..
kawan saye yg senior kpd arwah kate arwah ngidap leukemia…
walau ape pn semoga semua tabah…
hana recently posted..Barang baik dari ladang untuk di jual…
sama-sama kita doakan… ajal tidak tnggu kita tua atau muda.. bila dah datang kena trima.. tp adakah amalan kita sudah cukup.. itu yg takut utk kita terima…
maklumat yang saya dapat arwah ilham meninggal kerana ‘acute myeloid leukemia’ – Sapa leh terangkan sakit beliau ini…
Makluman: Solat jenazah untuk allahyarham Illham Ellani telah diadakan pada jam 2.30 petang tadi waktu Jordan (selepas solat asar) di masjid berhampiran EMJ, Amman
InsyaAllah jenazah dan keluarga beliau akan bertolak ke Malaysia pukul 1.00 pg ini. (waktu jordan) Doakan segala urusan dipermudahkan.
insya-Allah, dpt membantu
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001569/
syyukran
puncanya Acute Myloid Leukemia M3..
http://en.wikipedia.org/wiki/Acute_myelogenous_leukemia
do always pray for him..
khairi syafiq nan recently posted..Tips Tak Tidur Dalam Kelas/ Lectures.
syukran akhi
Takziah…innalillah wa inna ilaihi rajiun…..
MohamadAzhar[dot]Com recently posted..10 Muharram Versi Syiah
sama-sama kira doakan