Tips Solat Istikharah

December 26th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Tips - (3 Comments)

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

Solat ini juga dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara.

Contohnya: Apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

(more…)

Selamat menempuh alam baru yang penuh barakah, sakinah dan mawaddah ini

Jangan sulitkan perkara yang mudah lagi sunnah ini.

Sekiranya sudah sampai seru untuk berkahwin, maka berkahwinlah.

Tahniah diucapkan kepada adik kandung saya kerana telah pun selesai majlis akad nikahnya selepas maghrib semalam di Kulim, Kedah bersama dengan pasangan tercintanya.

Maka secara rasmi statusnya telah bertukar kepada berkahwin.

Hanya saya yang masih menunggu hari dan waktu untuk ijabkabulkan. Tapi bilakah waktu itu. Saya pun tidak pasti.

(more…)

Solat dengan memakai kasut merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan.

Bak kata pepatah lama, “Jauh perjalanan, luas pengalaman”. Selama lebih 4 setahun ni, banyak juga pengalaman baru yang diperolehi, antaranya adalah mengenai solat. Baru-baru ini saya ternampak seorang lelaki secara tiba-tiba mengangkat takbirratulihram dalam keadaan beliau masih lagi berkasut selepas kami selesai solat zohor berjemaah.

Terdetik dihati saya pada mulanya mungkin lelaki ini tidak tahu agama dan jahil tetapi sebaliknya!

Yang penting lelaki ini seorang student dan saya respek atas keberaniannya walaupun dalam hari saya mengatakan beliau seorang yang pemalas walhalnya ia adalah satu sunnah.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...