Suami yang baik untuk Isteri yang baik
November 18th, 2011 | Posted by in PerkahwinanIman dan taqwa sahaja yang akan membawa keluarga sakinah hingga ke syurga
Sebagai orang manusia seperti saya ini. Semestinya mengidamkan satu keluarga dan generasi yang baik yang akan menjadi satu contoh kepada keluarga yang lain. Dari pelbagai aspek dalam kehidupan yang membawa kita dekatkan diri kepada Allah.
Kerukunan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan taat adalah sangat penting, kerana dengannya lah pasangan itu akan menjalankan aktiviti bersama pasangannya dengan lancar dan sempurna.
Bila kegoncangan berlaku di dalam rumah tangga, maka akibatnya sudah pasti akan menjejaskan tugas yang akan dilaksanakan, meruncingkan serta membuntukan fikiran.
Bila filkiran sudah terganggu timbullah kesilapan itu dan ini, duduk salah, berdiri salah, tidur tidak lena dan makan tidak kenyang.
Penderitaan inilah yang sangat ditakuti bila mana berada dialam rumah tangga ini. Sepatutnya diusahakan untuk menghindarinya oleh kedua pihak, iaitu suami dan isteri supaya terdiri rumah tangga itu damai dan bahagia.
Dari situlah akan lahir zuriat-zuriat yang soleh dan diberkati. Bersemangat dalam mengharungi usia muda mereka dalam bentuk hari yang akan mendatang dengan cemerlang.
Benar kata lirik ini : “Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami dan isteri.”
Kita tahu bahawa alam perkahwinan bukan sahaja untuk mengekalkan keturunan dan bukan hanya memenuhi kehendak naluri dan hawanafsu semulajadi manusia semata-mata, tetapi yang paling utama ialah tanggungjawab yang wajib ditunaikan.
Kadang-kadang kita tersilap menganggap bahawa itulah syurga kita didunia ini, kita puas dengan apa yang telah kita kecapi dunia ini.
Sama ada pahit atau manis, tawar atau masin, kelat atau sebagainya.
Kita teradun segala semacam rasa itu menjadi satu hidangan yang teristimewa yang akan dinikmati bersama keluarga. Kita lakukan ini kerana ingin mencari kepuasan didunia ini.
Oleh itu kita sepatutnya mencipta rasa kepuasan itu dengan memiliki sifat rendah diri dan redha dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Itulah dia kebahagiaan yang diburu oleh manusia sebenarnya.
Ada di dalam dirinya sendiri sebenarnya tetapi ia tidak dapat merasainya.
Ini bukna sahaja dalam soal harta benda, bila yang diharapkan itu tidak diperolehi, retaklah hati, dinginlah perasaan. Dan bila kita didasarkan atas kecantikan pula, makan bila kecantikan itu sudah berlalu, maka pudarlah kasih sayang, serta timbulah dihati untuk mencari yang lebih indah dan cantik.
Kadang-kadang membawa kepada tindakan yang mengoncangkan Arasy iaitu bercerai. Nauzubillah.
Sebaliknya jika cinta dan perkahwinan itu terdiri dengan dasar keagamaan, sedar kepada kewajipan dan kasih dan cinta sejati, nescaya keduanya tidak akan dapat dipisahkan sebelum maut datang memanggil.
Ingatlah adikku. Kemajuan dan kemodenan hari ini tidak boleh dijadikan penghalang untuk isteri terus patuh kepada suami, dan tidak pula untuk membolehkan suami berlaku kejam terhadap isteri.
Shakshaf : ikhlas dan teristimewa entry ini ditulis buat adikku yang bakal menamatkan zamat bujangnya bulan depan. Terima sedikit perkongsian dari insan bernama abanglong.
Related posts
- Oh Lelaki! Oh Syabab! Oh Rijal! Oh Men!
- Bertunang : jarak dan tempoh masa
- Teruna pilihan Dara & Dara pilihan Teruna
- Benarkan itu kuasa istiqarah cinta
- ALLAH beri yang TERBAIK dalam Pandangan&PilihanNya
- Debaran lafaz 'aku terima nikahnya'
- Sebenarnya 'kawin awal' tidak semudah yang disangka
- Haram Tunang atas Tunangan
- Vlog #1 : Oh My Imam!
- Pergaulan dalam Pertunangan!
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





sedikit perkongsian..:)
cinta kerana Allah….
pasangan yg bernikah ats dasar aqidah akn mampu berdepan dengan apa jua cabaran, sama ada dalam bentuk kekurangan harta benda, pergeseran jiwa, perbezaan fikiran atau pertembungan emosi.
tepat sekali.. itulah cinta yang sebenar yang diajar dalam islam.
shakshaf…jgn lupa buat part II and III plak nah
insyallah.. kalau ada kelapangan masa
tq, info… ustaz