Mungkinkah tiada rezeki untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. – Tiba-tiba teringatkan satu potongan ayat Quran ” Wama tadri nafsun madza taksibu ghada” (Dan tiada seorangpun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari)!!! Mungkin tiada rezeki untuk menjadi tetamu Baitullah bersama ibu dan ayah tahun ini.

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...