Jawatan : Amanah atau Anugerah

October 9th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan

Ketika ucapan pembukaan dihadapan delegasi Pulau Pinang 2011

Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kita supaya jangan didambakan jawatan, usah ditagihkan kedudukan kerana jika ia terjadi, Allah akan bebankannya dengan perkara yang lebih berat. Sebaliknya jika amanah itu diberikan kepada kita tanpa kita memintanya, maka Allah akan bantu kita untuk menyempurnakan amanah berkenaan.

Setiap manusia dilahirkan sebagai pemimpin, sekalipun hanya terhadap dirinya sendiri. Sekiranya kegagalan berlaku dalam memimpin diri sendiri, maka yang lahir itu bukanlah seorang manusia. Justeru, menjadi pemimpin tidaklah sesukar mana kerana yang sukar adalah menjadi pemimpin yang baik.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan percaturannya segalanya sudah berakhir setelah 2 sesi memegang satu tanggungjawab dan hari ini terasa begitu ringan bahu setelah amanah itu bertukar milik.

Melepaskan sesuatu jawatan adalah satu perkara biasa dalam persatuan. Yang baru akan mengantikan yang lama. Tetapi bukan bermakna yang lama tidak baik tetapi sebagai meneruskan perjuangan di tanah gersang bumi Anbiya’ ini.

Pengalaman dalam persatuan memang pada mulanya satu yang saya tidak janggakan, tetapi setelah diberi kepercayaan dan amanah saya terima sebagai satu batu lonjatan buat saya untuk memajukan diri dari segi soft skill dan public speaking.

Peluang ini saya gunakan sebaiknya dan alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan saya menjadi diri saya yang sekarang ini jauh berbeza dengan diri saya yang dahulu.

Ingat!. Memegang jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab! Semua ini akan ditanya didepan Allah apa yang telah kita lakukan baik atau sebaliknya.

Namun begitu, manusia tentunya tidak sempurna dalam semua perkara. Oleh sebab itu, jawatan yang dipegang akan berusaha sebaiknya untuk menyempurnakan amanah yang diberi, biarpun ada sedikit kekurangan di sana sini. Jelasnya, usahlah kita perlihatkan kelemahan itu sebagai kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Maafkan dan perbaikilah seadanya.

Kepada sahabat satu pesanan dari saya.

Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya.
Seorang pemimpin yang baik, sekiranya diberikan jawatan akan menganggapnya satu amanah. Sebaliknya pemimpin yang kurang baik akan menganggapnya satu anugerah.

Alhamdulillah.. pimpinan MUTIARA sudah pon beralih sesi kepimpinan lama kepada kepimpinan baru. Tahniah dan takziah…

YDPAH MUTIARA 2012 : Ustazah Cookie Chip dari Mutah

YDP MUTIARA 2012 : Ustaz Albi Nada dari MUTAH

semoga segala keputusan ini kami harapkan dapat membawa MUTIARA 2012 lebih maju kehadapan.. TAKBIR!!

Maaf salah dan silap dan halal makan dan minum.. :)

This post was written by

shakirshafiee – who has written 378 posts on Kongsi Sampai Mati.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

2 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge