Rasa cemburu bila melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu bila tengok ramai yang bertunang dan berkahwin.

Bagi saya sebagai seorang lelaki normal sememangnya petanda ‘biasa’ sehingga wajar untuk kita berasa cemburu. Rasa tertekan melihat kebahagiaan orang lain adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan.

Dalam usia jubli perak ini ramai dikalangan yang sebaya dengan saya sudah mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Tidak hairanlah bagi saya kerana faktor usia, kerjaya dan juga faktor ‘seru’ sudah datang menjelma.

Saya sangat gembira melihat perubahan yang serius ini untuk mencari peneman hidup dengan pelbagai cara dan adat. Ada diantaranya yang tengah merancang untuk bertunang dan ada juga yang baru sahaja selesai bertunang dan yang terbaru sudah pun berkahwin.

Hanya 20 hari mencari isteri bukan kekasih!

Satu cerita bagi saya suatu cacatan sejarah dalam hidup saya sebagai satu lonjatan bahawa cinta tidak semestinya sebelum kahwin. Dan itu realitinya yang terjadi kepada teman saya.

Saat keputusan dan tekad yang ikhlas dengan niat untuk melamar seorang gadis desa sebagai isteri, semuanya dipermudahkan oleh Allah hanya sekelip mata semuanya berubah dari status ‘bujang’ kepada ‘berkahwin’ hanya kurang dari sebulan.

Hanya doa, tawakal dan usaha !!! Tapik spring la kat lu bro…

Kalau dulu saya sangat suka menatap dan meneliti gambar perkahwinan didalam majalah atau laman sesawang. Hatta di dalam laman mukabuku yang dimuat turun gambar oleh sahabat-sahabat seperjuangan saat dijab kabul sehinggalah ke walimahtuluurus.

Tetapi sekarang semua itu menjadi satu mimpi ngeri yang dahsyat.

Hanya satu keping gambar bersama imam (tok kadi) membuatkan jantung berdegup laju seperti pelari pecut 100meter dan kaki saya menjadi sejuk secara tiba-tiba.

Adakah kerana gelisah menilai ibadah atau sebaliknya?. atau kerana nafsu semata-mata. Nauzubillah..

Ya Allah, Kurniakan aku isteri yang solehah, dekatkanlah hatinya kepadaku berkat dan kebenaran Kalam-Mu dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIIM.

Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.”

shakshaf : Ya allah, Kuatkan hati dan tetapkan hati hambamu yang lemah dan hina ini!

Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), “Keluarkanlah nyawamu !”

Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap  Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al- An’am : 93).

“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya). Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Alloh”. Salam Malaikat Izrail,

“Wa’alaikum salam wa rahmatulloh”. Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Alloh sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. “Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

“Subhanalloh, (Maha Suci Alloh)” kata Nabi Idris a.s.

“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s.

“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.

“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat. “Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.

“Aku punya keinginan kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s

“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.

“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s. Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali.

Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. “Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail.

“Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti”. Jawab Nabi Idris a.s.

“Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu”. Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ? -Sumber

UNTUK pengetahuan ustaz, keluarga suami saya adalah golongan yang tidak mengambil kisah pasal agama. Adik dan kakaknya yang perempuan berpakaian ketat dan tidak memakai tudung. Adik-adiknya yang lelaki pula suka bersalaman dengan saya terutama pada hari raya dan saya terpaksa bersalaman dengan mereka. Saya mahu mengelak tetapi bimbang mereka akan terasa. Apa pandangan ustaz? Kedua, kawan saya bertanya, apakah hukum seorang lelaki bersalaman dengan ibu tiri isteri? Adakah ibu tiri isteri termasuk muhrim? Harap dapat penjelasan.

Rashidah, Pahang.

Alhamdulillah wassolatu wassalam ala rasulillah wabad.

Hubungan antara seorang wanita dengan adik atau abang ipar adalah mahram yang sementara. Sekiranya suami wanita itu menceraikannya atau meninggal dunia, maka adik atau abang ipar boleh mengahwininya. Justeru, saudari tidak boleh bersalam dengan adik-beradik lelaki suami. Saudari hendaklah memelihara aurat depan mereka dan tidak boleh berjalan berdua-duaan bersama adik-beradik lelaki suami saudari.

Saudari tidak perlu menjaga hati mereka dengan melanggar syariat. Sekiranya mereka terasa, saudari boleh menjalinkan hubungan silaturahim dengan menziarahi mereka bersama suami, memberi hadiah dan seumpamanya. Saudari hendaklah menjadikan mereka mengikut saudari iaitu dengan mengikut syariat Allah, jangan jadikan diri saudari mengikut mereka dengan melanggar syariat Allah. Justeru, kita hendaklah lebih melihat kemurkaan Allah berbanding kemurkaan manusia.

Sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi menyebut (yang bermaksud): Sesiapa yang berusaha mencari reda Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkannya dari pergantungan dengan manusia. Dan sesiapa yang berusaha mencari reda manusia dengan kemurkaan Allah, nescaya Allah akan menyerahkannya kepada manusia.

Oleh itu, saudari tidak perlu mengikuti mereka dengan alasan menghormati dan menjaga perasaan mereka pada perkara yang jelas bertentangan dengan syariat. Namun, hendaklah menjadikan mereka menghormati pendirian saudari dengan membawa mereka mengikut syariat Allah.

Untuk soalan kedua, sebelum itu saya hendak menjelaskan pengertian aurat. Aurat dari segi bahasa bererti kurang dan sesuatu yang dianggap buruk (an-Naqsu wassyaiul mustaqbahu). Dari segi istilah syarak bermaksud sesuatu yang wajib ditutup dalam sembahyang (ma yajibu satruhu fis solah) atau maksud kedua iaitu sesuatu yang haram dipandang (ma yahrumun nazru ilaih). Ada pembetulan pada pertanyaan saudari. Muhrim yang sebenarnya bermaksud orang yang berada dalam ihram haji atau umrah.
Sekiranya maksud saudari muhrim itu adalah orang yang haram untuk kita nikahi, sebutan yang sebenarnya adalah mahram.

Perlu diketahui bahawa ikatan mahram wujud dengan tiga sebab. Pertama kekeluargaan, kedua perkahwinan dan ketiga penyusuan. Allah SWT menyebut dalam surah an-Nisa ayat 23 dan 24 yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut iaitu) ibu-ibumu (dan nenek-nenekmu), anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibumu, anak-anak perempuan saudara lelaki, anak-anak perempuan saudara perempuan, ibu-ibu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara perempuan susuan, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu (dan yang tidak dalam pemeliharaan kamu) dari isteri yang kamu telah campur, tetapi kalau kamu belum campur mereka, maka tiada salah kamu mengahwininya. Dan isteri-isteri anak-anak kamu yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini) kecuali yang berlaku pada masa lalu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Justeru, ibu tiri isteri tidak termasuk dalam senarai wanita yang haram dinikahi. Kerana itu ia termasuk dalam wanita ajnabi. Antara suami dengan ibu tiri isteri halal berkahwin, maka haram bersalaman dengannya.

Demikianlah, wallahualam. Sumber

……………………………………………………………

Seorang lelaki British dtg kpd seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam x dibenarkan berjabat tangan lelaki?”Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”

Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya org tertentu sahaja dibenarkan utk bersalam Queen Elizabeth.”

Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bsalam dengan lelaki asing.” -Sumber Fb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...