Video pilihan Ramadhan – Kurma vs Rokok

August 4th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
Ramadhan sebenarnya membawa ikhtibar yang begitu banyak bagi kita.
Jika Ramadhan mengajar kita erti kesabaran. Maka bawalah sifat sabar ini ke bulan selepas itu. Latih agar  sabar itu dapat digunakan bukan sekadar dibulan ramadhan tapi di bulan-bulan lain juga.
Kita bukan sahaja dituntut untuk bersabar menahan haus dan lapar dari pagi hinggalah terbenamnya matahari dan bersabar juga terhadap tuntutan nafsu yang melampau dan keinginan hawa nafsu melulu.
Inilah nikmat yang paling besar dalam kehidupan Muslim apabila tibanya Ramadhan. Maka buatlah yang terbaik untuk Allah SWT sehingga sampai ke peringkat Taqwa sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah ayat 183)

Adab Berbuka Puasa – Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering.
Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” -Sumber
Video yang sangat berguna bagi mereka yang mahukan perubahan diri di bulan ramadhan ini dan seterusnya di bulan-bulan seterusnya. Insyaallah.
Ringkasnya, lakukanlah puasa bukan kerana ia suatu perintah semata-mata , tetapi kerana kasih sayang kepada Allah SWT yang tidak terhingga. Itulah puasa yang akan membawa pengampunan dosa dan seterusnya membawa kita ke syurga.
Semoga terhibur dan juga sambil manfaatkannya!

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

3 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge