Cheklist buat lelaki sebelum berkahwin!
July 19th, 2011 | Posted by in PerkahwinanAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah. Tidak kiralah persediaan umum atau khusus.
Saya masih ingat, seorang sahabat saya ketika beliau mula-mula menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada emaknya. Lantas emaknya bertanya :
“Sebelum berkahwin ini, emak hendak tanya. Sahril (bukan nama sebenar) Bersediakah untuk tinggalkan emak!?”
Tersentak sahabat saya. Ke situ pula emaknya bertanya. Kenapa emaknya bertanyakan soalan sedemikian? Ya, Ia ada kaitan denganpersoalan persediaan, persiapan dan target untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil dan mudah.
Dan jika persoalan itu dapat dirungkaikan dengan jawapan. Barulah seorang emak akan merasa yakin dan tenang untuk melepaskan anak-anak mereka melangkah ke alam perkahwinan yang penuh duri dan ranjau.
Persediaan minda dan kerohanian, persediaan fizikal, persedian ekonomi dan persediaan sosial. Semua ini harus diselesaikan jika kita benar-benar sudah persedia dan memperkemaskan diri dengan ilmu dan sebagainya.
Untuk yang berhajat dan terfikir untuk berkahwin, kita harus melihat ke hadapan serta berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwaraga yang telah bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya kelak yang bakal menanti.
Bukan sekadar PANDAI melafaz sakinah depan tok kadi semata-mata!
Mereka yang berjiwa besar sahaja, akan memikirkan untuk melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alam perkahwinan tidak semudah dan seindah yang disangka. Lebih dari itu..
Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah dan fikirkanlah…
Jika ayat ini yang terlafaz keluar dari mulut kita, Berhati-hatilah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main api dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah berusaha meruntuhkannya sebelum berkahwin.
Apa yang saya cakap ini bukanlah rekaan,tetapi melalui pemerhatian saya. Ada sesetengah itu, ada yang masih tidak tahu membaca surah al fatihah. Anda bayangkan, kalau perkara yang begini asas pun mereka tidak tahu, bagaimana mreka hendak mendidik anak-anak yang bakal lahir nanti.
Anda bersetuju dengan saya?
Wahai tuhan kami. Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Muhasabah buat diri saya juga dan sekadar perkongsian hati buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga akan datang.
Saya?.. Masih menghitung hari dan bulan! moga ada sinaran cahaya yang masih tetutup itu untuk terbuka kembali.
Begitulah hukum alam!
Related posts
- Jangan Ada Benci, khas buat suami dan isteri
- Terpisah rindu|cinta antara benua
- Yaallah! Kurniakan daku serikandi penyejuk dimata
- Tatapan itu menyakitkan hati tetapi mengubat hati!
- Apa guna Mahar tinggi andai TIADA redha Illahi!
- Teruna pilihan Dara & Dara pilihan Teruna
- WANG Hantaran : Percuma atau Berbayar
- Oh Lelaki! Oh Syabab! Oh Rijal! Oh Men!
- Sebelum aku terima nikahnnya
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





takut dgn kes perceraian sekarang…kahwin tak sampai setahun dah bercerai…
kalo kahwin tapi xde ilmu dan tak bersedia dgn perkara yg mendatang memang diakui perceraian akan terjadi….
tu la yang kita takutkan.. sebagai lelaki.. saya merasakannya.. jika suami itu benar telah bersedia sebelum kahwin… percayalah.. kes2 cerai ni dapat dikurangkan… amenn..
Ameen…..apa yang diharapkan perkahwinan tue hanya sekali….dan sampai ke syurga..
kahwin ni bkn bnde maen2…
kalau takat nak kawen tuk cerai bek tak yah…
nak bina masjid memerlukan ilmu..
=D
yup.. ramai yang merasa ilmu itu perlu selepas kahwin.. tapi tanggapan itu salah sama sekali..
nice one ket
berkahwinlah ketika anda benar2 bersedia, bukan ketika anda benar2 mahu semata2..
terima kasih abi.. sekadar merasai apa yang telah dirasi oleh mereka yang telah melaluinya.. cabarannya terlalu berat untuk dipikul.. mohon tunjuk ajar abi.. untuk jadoi suami yang mithali.. amennnnnnnn
menarik!!
heheee… dah sedia ke nak tinggalkan ibu
para isteri juga harus bersedia mental dan fizikal. berkahwin menuntut kita lebih menerima pasangan kita seadanya, dan ia benar2 menguji emosi jika kita baru tahu sebenarnya suami kita macam ni macam itu dan sebagainya.
dulu tak serumah sebilik sebantal sekatil…tapi bila dah kawen, baik buruk pasangan bersedialah untuk menyesuaikan diri. sahabat saya mengalami tekanan emosi kerana menganggap perkahwinan terlalu indah…tapi sebenarnya anggapannya terlalu tinggi. baru sebulan berkahwin…tapi percayalah, kunci kebahagiaan adalah kesabaran , Pasti Allah membalas kesabaran itu. sama2 lah kita…
terima kasih atas perkongsian tersebut.. benar.. suami dan isteri memainkan peranan utama dan hanya bukan sebelah pihak sahaja..
moga kita diberikan kesabaran itu… amenn..
nice…khwn bukan semudah abc..huhu..ssh nak dapat org berpikir mcm ni..mostly fikir nafsu semata..tak ambil kesah apa yg diorg akan face nnt..tak kire lah posetive or negative… have no mental rehearsal or training to overcome masalah..hidup berkeluarga byk hati yang nak dijaga..so kalo nak khwn itu responsibility tu patut di highlight kan dlu…
kawem suck tekanan
tq…, info