Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM berkata ‘jangan’.
July 18th, 2011 | Posted by in TazkirahSesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi depan, belakang, kiri dan kanan oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Sebab itulah Islam datang membawa petunjuk kepada umatnya dari sekecil masalah kepada sebesar masalah. Islam itu sungguh indah.. Islam agama kasih dan sayang.
Terdapat perkara-perkara yang ‘jangan’ dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja melewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
9- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
10- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
11- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
12- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
13- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
14- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
15- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
16- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
17- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
18- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
19- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk kerumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
20- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui. – sumber sini
Muhasabah buat diri saya juga!
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~
Related posts
- Minggu empat serangkai yang mahu kita berfikir serentak
- PANDAI boleh tapi jangan MEMANDAI
- Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa
- Seorang gadis yang aku cinta keranaNya
- Bukan sahaja 'cinta sampai syurga' tapi 'kawan sampai syurga'
- ahli motivasi dan ahli hukum berfatwa
- Etika menguap yang sering dilupakan
- Selamat malam Malaysia dan Jordan
- Beruntunglah diciptakan sebagai wanita Islam
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





ada 20 perkara tu…
Jom sama2 kita berusaha mendaki untuk mematuhinya…
jom2.. us haibat kita bagi semangat tuh…
menarik! =)
syukran