Welcome to Delicate template
Header
Just another WordPress site
Header

Rezeki bukan sekadar wang atau harta! Lebih dari itu.

July 15th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Tazkirah
Rezeki bukan sekadar wang ringgit atau harta! Lebih dari itu. Gambar google
Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sentiasa akan memikirkan mengenai wang, harta atau sebagainya. Termasuklah diri saya sendiri tidak terkecuali untuk memikirkannya. usah menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa kita tidak pernah memikirkannya. Ia adalah lumrah kita semua sebagai seorang yang bergelar manusia.
MANUSIA sering bimbang mengenai rezekinya. Apakah ada atau tidak cukup? Tetapi apakah itu rezeki? Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki?
Menurut Islam, Allah swt mahu kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita.
Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh. “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.
‘ Dan apakah ia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuatdaripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (Surah Al-Qasas: 78)
Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud:
Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula).
Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas:82)
Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi. Untuk apa. Tepuk dada tanya hati dan iman?
Adakah istidraj? iaitu apabila Allah memberikan harta yang banyak, darjat keduniaan yang tinggi dan rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Sebenarnya Allah hendak menguji hamba-hambaNya yang beriman.
Amalan-amalan baik dan taqwa kita juga akan menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Banyakkan istigfar, bersangka baik selalu kepada Allah bahawa Allah akan memberi rezeki pada bila-bila masa. Banyakkan selawat, ayat seribu dinar serta sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima seadanya.
Rezeki kita sudah ditentukan!

This post was written by

shakirshafiee – who has written posts on shakirshafiee™.
MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

8 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>