” Ya Allah Ya Tuhanku, redhalah dan terimalah segala amalanku di bulan Ramadhan ini serta ampunilah segala dosa-dosaku yang telah lalu.. amin”
Apa yang anda faham tentang Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza?
Pada mulanya dulu, saya tidak memahami keseluruhan kalimah ayat tersebut. Tetapi lama kelamaan, saya baru mengerti apa sebenarnya yang ada disebalik kalimat ini.
Setiap tahun, kita sebagai Muslim akan menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmat dan barakah ini. Bulan di mana syaitan di rantai dan dibelenggu dari manusia supaya manusia mudah melakukan amal ibadah di bulan puasa.
Sabda Rasulullah saw.: “Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”
Bersiap sedialah untuk bersabar atas kesusahan
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.
Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.
Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Sudah pasti, di bulan puasa, kita akan berpuasa di siang hari dan bertarawikh di malam hari, memperbanyakkan bacaan al Quran, memperbanyakkan sedekah, berzikir serta memuji kebesaran Allah.
Apa pun, perlu diingatkan bahawa nafsu yang tidak terbelenggu di dalam tubuh badan manusia. Nafsu yang berada dalam badan manusia telah ditarbiyah oleh kesosialan manusia selama 11 bulan.
Apakah kita bersedia untuk hadapi Ramadhan yang bakal menjelma esok hari…. ?
Ganjaran kesabaran itu tiada sempadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).
Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.
Selamat berpuasa buat semua rakan-rakan, kita mengharapkan kepada Allah agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.
shakshaf : Ramadhan akan menjelma wahai orang yang bijaksana | Sambutlah ia selepas ketiadaannya yang lama | Berbahagialah orang yang berpuasa demi keredhoan | Kerana ia adalah kemuliaan di dalam ketaatan.
Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Hadith riwayat Al-Bukhari]
Harapan Ramadhan Lyrics
by Raihan feat. Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
[ Harapan Ramadhan]
Maksudnya : ” Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai “
Nantikan post malam satu Ramadhan “Ramadhan yang sama Natijah yang berbeza”
Jika kedua-dua sudah berpaut, usah tunggu lama. Jika keduanya sudah cenderung, usah menanti lama.
Tetapi masalah yang dihadapi sekarang adalah kerana masih berada dalam peringkat pengajian. Semestinya pada peringkat awal ini, untuk mendapat persetujuan segera dari pihak keluarga amatlah tipis untuk melepaskan anak-anak mereka untuk mendirikan rumah tangga dalam usia muda.
Tetapi bila sudah ada nekad dan yakin.
Ramai yang mengatakan, “Semua ibu bapa pasti merasakan perasaan yang sama, mereka bimbang pada usia muda. Segalanya akan musnah jika anak-anak mereka tidak memanfaatkan umur muda mereka untuk mencapai kejayaana dalam akademik.
Ingat. Menentang bukanlah bermakna mereka membenci.
Ini adalah satu perbezaan era yang sangat mencabar generasi dulu dan sekarang. Lelaki (ayah) tidak akan marah dengan apa yang berlaku. Tetapi sebagai pengalaman hidup orang yang makan garam dahulu dan juga sebagai anak menjadikan mereka lebuh memahami dan paling utama mereka hanya mahukan yang terbaik dalam hidup anak-anak mereka.
Anak-anak mesti ingat redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Ia merupakan keberkatan dan sumber ketenangan hati dan jiwa jika itu digapai.
Kita tahu sebagai anak jika sekiranya berkata tidak pada cadangan mereka dengan sikap membantah dan mendesak dan terus membuat keputusan dibelakang kita, percayalah ia bukan menyusahkan kita tetapi ia juga menyusahkan pasangan kita kelak.
Kita bukan hidup seorang sahaja di dalam dunia ini. Kita saling berkait dan saling memerlukan antara satu dan yang lain. Kita tidak mahu menjadi pemutus tetapi penyambung.
Kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita sahaja, tetapi kita telah ‘kahwin’ dengan seluruh keturunannya secara tidak langsung. Nampak ianya mudah tapi ia satu yang sangat mencabar.
Saya lihat sendiri pasangan yang mahu berkahwin diusia muda. Mereka akan bersungguh-sungguh dan serius mahu mendirikan rumah tangga. Dan perkara yang saya lihat ialah perancangan.
Perancangan itulah sumber keyakinan!
Jelaskan dengan perancangan kepada mereka (ibu bapa) secara telus dan ikhlas.
Ibu bapa sebolehnya mengharapkan jawapan daripada anak mereka yang mahu mendirikan rumah tangga diusia muda tetapi dalam masa yang sama ibu bapa jangan terlepas tangan dalam hal ini.
Maka, bersiap dan sedialah dengan jawapan bagi soalan-soalan melibatkan masadepan, ekonomi, pengajian, anak dan sebagainya. Yang paling utama jangan sesekali ungkapkan dan
Elakkan daripada jawapan, “Saya belum fikirkan perkara itu la ibu.”