Saya ada cerita yang mahu dikongsikan bersama anda.

Dihujung minggu ditepi bilik perpustakaan menjadi saksi bersatunya dua hati. Walaupun pada mulanya hanya bertepuk sebelah tangan tetapi akhirnya disambut dengan baik kedua belah tepukan itu..

Walaupun perjumpaan dalam keadaan terpaksa tetapi ada perkara lagi penting untuk mereka.

Jom saksikan..

……………………………

Sahril berpaling menatap wajah Zulaikha. Zulaikha tersenyum manis. Dia menoleh pandangan yang tajam kepada Sahril..

“Saya dah penat dengan permainan hati ni. Jadi, saya mahu menamatkan sekarang.” Kata Zulaikha. Sahril hanya diam.

“Sudikah engkau mengambilku sebagai sayap kirimumu.” Ucap Zulaikha.

“Hah?”

“Saya serius ni Sahril.” Zulaikha tersenyum. Hatinya semakin gemuruh dan menanti jawapan?

“Awak main-main ke? Demam ke?” Sahril merengus. Zulaikha ketawa kecil.

“Awak ni kalau orang nak, Awak tak nak pulak.” Zulaikha mencuri-curi melihat muka Sahril kemerahan menahan malu. Sahril tunduk.

“Sahril, saya sukakan kamu.”

Zulaikha tunduk memandang kebawah dan tiba-tiba Zulaikha menangis seperti menahan kesakitan. Sahril terkejut dengan kelakuan Zulaikha. Macam bukan Zulaikha pulak yang dilihatnya seperti dirasuk jin.

“Zulaikha …” panggil Sahril.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan.” Wajah Zulaikha yang ceria kembali redup.

Sahril telan liur. Kemudian, dia menadah tangan kelangit tanda syukur kepada cintanya sudah berbalas. Sahril betul-betul konfius dalam gembira. Aku mimpi ke?

Lelaki arab di sebelah mereka hanya menjadi pemerhati walaupun tidak faham apa yang dituturkan mereka.

“Terima kasih Zulaikha!!” Sahril menghulurkan sebentuk cincin simbolik tanda persetujuan. “I will always love you forever.”

“Saya sukakan kamu juga.” Balas Sahril gembira. Akhirnya, Sahril tidak dapat menolak hakikat yang Zulaikha juga mencintai Sahril dalam sengap, seorang wanita yang paling ditakuti dengan ketegasannya dahulu di sekolah.

Tetapi setelah 4 tahun menunggu akhirnya pintu hatinya terbuka.

Sahril gembira betul dengan pengakuan berani mati Zulaikha, gadis yang sangat dicintainya dari dulu hingga sekarang dalam sengap. Mereka berdua berbual-bual sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Impiannya untuk hidup bersama Zulaikha akhirnya tercapai.

“Zulaikha, sudikah kau jadi isteri aku!?”

“150 juta kali saya sudi!” Zulaikha tersenyum.

Di dalam hati Sahril, dia nekad untuk memperisterikan Zulaikha selepas mereka berdua selesai mendapatkan segulung ijazah nanti. Zulaikha, terima kasih! Saya akan berusaha menunggu setelah kita bertunang dan mencintai awak dengan sepenuh jiwa raga saya . Thank you and I love you!

…………………………………….

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Tap..tap..tap.. Rupanya aku bermimpi.. (Azan subuh sayup-sayup berkumandang)

Pengalaman dipinang dan dilamar wanita suatu yang sangat ajaib.. Bukan selalu hanya dalam mimpi semua terjadi. Tapi di alam realiti  lelaki tetap menjadi hero utama.

Yaallah aku terima takdir yang telah engkau tetapkan untukku. Jodoh pertemuan & berpisahan, andai benar dia adalah jodohku,  Yakin dan pasti akan perancanganNYa akan tetap bersama juga satu hari nanti..

Saya kadang-kadang tergelak sendirian bila mengenang mimpi ini yang pasti  tidak akan terjadi lagi pada saya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...