Senyum itu sedekah. tapi semakin susah pulak nak mengukirkannya
Indahnya musim panas jika ada penyejuknya.
Begitulah senario bila berada diperantauan yang mempunyai 4 musim. Bila panas perlu sejuk dan bila sejuk perlu panas. Saling memerlukan antara satu dan yang lain.
Semester terakhir tahun 2011 dan juga musim panas terakhir bagi saya. Insyaallah.
Alhamdulillah. Berbaki lagi 10 subjek untuk saya terus berjuang mencari sebanyak ilmu sebelum balik ke dalam masyarakat.
Saat menempuh subuh seawal 4 pagi dan isyak 9 malam membuatkan musim panas ini begitu cepat sekali berlalu. Jika masa tidak dapat dikawal dengan baik kelas seawal 8 pagi mampu mengangu gugat perjalanan semester soifi ini.
Saya mengharapkan doa kawan-kawan semua agar saya terus kuat dan terus kuat untuk menempuh onak dan duri perjalanan hidup seorang anak muda diperantauan bersama kawan-kawan yang lain.
Dan teringat kata-kata ini “Manusia tidak dapat hidup sendiri dan tidak boleh berasing dalam dunianya sendiri, atas nama kehidupan, manusia mesti mempertalikan dirinya dengan orang lain.
Adakah aku sudah bersedia untuk balik berbakti kepada keluarga dan masyarakat serta negara?
Tugas demi tugas mendatang dan pergi serta ujian dan dugaan silih berganti. Mampukah kita mengatakan diri kita sudah beriman padahal kita belum diuji lagi.
Masa yang ditunggu sudah tiba. Dengan berbekal 4 subjek semester ini dan selama kurang 2 bulan akan saya BEKERJA KERAS lagi untuk lebih maju dan kehadapan lebih-lebih lagi untuk naikkan pointer.
Persoalan-persoalan yang semakin menhantui saya sejak semester yang lepas.
Semua ini akan saya ambik sebagai satu cabaran untuk mengecapi nikmat sebagai seorang pelajar sebelum melangkah ke alam yang lain.
shakshaf : BERIKANLAH DAKU KESABARAN YA RABB dan menempuh ujian Mu. Kerana saya tahu dugaan dan ujian dalam hidup adalah satu peperiksaan dari Allah S.W.T untuk melihat sejauh mana hambanya bertahan dan menghadapinya.



