Cinta Buku : Tuhan Manusia
June 14th, 2011 | Posted by in Segmen dan ContestJudul : Tuhan Manusia
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 340 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789833991372
Terima kasih kepada Blogger Hans Hanis kerana taq saya untuk bersama-sama dalam menjayakan dan memanjangkan contest ini. Bagi saya contest ini cukup bagus untuk kita berkongsi bahan bacaan disamping mengeratkan hubungan antara blogger-blogger diluar sana.
Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.”
“Abang sudah murtad. Sejak itu abah menjadi begitu pendiam. Dia hanya bermain dan menghiburkan diri dengan haiwan ternakan.”
Novel “Tuhan Manusia” menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencabar hakikat ketuhanan.
Novel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam.
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Sipnosis dari saya :
Novel ini memaparkan tentang sejarah lahirnya pluralisma agama dan gejala murtad yang dibawa oleh penulis pada awal memang memeningkan saya untuk memahaminya. Tetapi dengan azam saya mengikut plot demi plot dengan untuk memahaminya.
Akhirnya. Kefahaman itu yang membuatkan saya teruja dengan Novel Tuhan Manusia ini.
Islam secara qat’ie dan jelas menolak konsep pluralisma ini. Tetapi umat kristian percayakan konsep anak tuhan dan Al quran menolak konsep ini seperti dalam firman Allah dalam surah al- kahfi ayat 4 dan 5.
Jadi dua ayat tersebut sudah menunjukkan bahawa dakwaan semua agama itu benar tertolak.
Saya sangat berpuas hati membaca novel ini. Seorang lulusan agama seperti Faisal Tehrani mampu menggunakan 100% al quran dan hadis untuk menolak fahaman pluralisma agama dan gejala murtad ini yang semakin menular di kalangan umat Islam.
Kepada rakan-rakan blogger sekalian, bacalah buku ini. Fahamilah masalah dan bahaya yang sedang melanda. Dan juga dapat menjadi pembuka kepada perbahasan ruang-ruang intelektual, etika dan estika yang lebih luas.
Nasib dan masa depan umat di tangan anak muda seperti kita.
Jika anda berminat dengan penulis dari golongan agama ini dapatkan segera buku tersebut di pasaran berdekatan secara sah sekarang.
Bedah buku yang saya buat ini adalah sempena dengan contest yang dianjurkan oleh Blogger Latifah. Jika anda mahu sertainya klik sini untuk maklumat lanjut contest ini.
Untuk menyertai, berikut adalah syarat-syarat penyertaan:
1) Andalah haruslah seorang blogger
►Selesai
2) Sila buat satu entri tentang buku terakhir yang anda baca (ala-ala review buku gitu)
- mulakan tajuk entri dengan perkataan ini:- Cinta buku, [tajuk buku yang anda pilih]
►Selesai
3) Sila jawab soalan berikut:-
Antara banyak-banyak syarikat penerbitan buku kat Malaysia ni, yang mana anda paling suka?
Syarikat penerbitan buku pilihan saya adalah Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB) kerana menerbit pelbagai kategori buku yang terbesar dan tersohor di Malaysia ini. Disini juga lahirnya buku-buku ilmiah seperti penulis Saifulislam dan Zaihanim Zainal Abidin yang membantu saya mengembangkan penulisan serta kefahaman saya tentang dunia penulisan ini.
►Selesai
4) Nak follow or tak nak follow, is up to you (tiada paksaan untuk itu)
►Selesai
5) Silalah tag sorang dua kawan anda untuk memanjangkan promosi cabutan bertuah ini. ^_~
►Ukhti Fatin – Seni Kiasan Hati | ►Akh Awis - Coretan Uwais Qarny
6) Sila letak link entri anda di bahagian komen entri ini ye. *wink*
Tarikh tutup? 11 Ogos 2011
Jika berminat untuk untuk sertai contest ini sila kunjungi Blogger Latifah. Sekian Terima kasih.
Related posts
- PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL 2011
- Pertandingan Blog Terbaik Sejordan 2012
- Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda
- Contest Aku Berpuisi - Warna-Warni Bersih 2.0
- BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN
- JELAJAH BLOG LUAR NEGARA 2011
- Keputusan Akhir Contest Aku Berpuisi | Tahniah & Terima Kasih penganjur!
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





wahhhhhhhh
novel faisal tehrani memang berseni sikit
mula2 susah nak faham tapi lama2 teruja
Header Baru Blog Hans….Comel Tak?
ha’ah dik.. abg 3,4 kali baca baru nak faham novel tu..
Buku kegemaranku. Adakalanya membakar jiwa, adakalanya menyantun akal.
Dr. FT sedang berbicara masalah masalah jiwa masyarakat. Keluarga.
“ANDAI kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.”
Aku xberapa minat sangat beliau.. tetapi lepas baca novel ni 4 round.. baru aku taw.. penangan anak lepasan agama yang mantap ni.. lepas ni hg plak la.. .heheee
assalam…
tuan tanah datang ni
terima kasih sudi join.
oh, buku Tuhan Manusia, sampai sekarang belum sempat memilikinya walaupun tahu isinya sangat bagus… insyaAllah boleh jejak lepas ni.
haishhh… kena komen lagi sekali. mana la pergi komen pagi tadi nih… heheh…
ni tuan tanah datang bertandang
terima kasih sudi join contest ye.
buku ni memang dah diakui ke’best’san nya, tapi tak sempat lagi untuk memiliki. insyaAllah bakal dibeli pada masa akan datang.
=)
komen awal tu memang xde.. yg ni je ade.. salah tekan kot.. tu yg hilang,, hehe
Terima kasih juga sebab wat contest ni.. dah lama tnggu contest mcm ni… manfaat utk semua..
Insyallah.. lepas kita kita akan tahu rupanya bnyk lagi karya-karya hebat yg kita belum baca..
terima kasih tuan tanah..
xsempat nak join ni..nak blik malysia dlu…hahhah
join kat malaysia je lah.. hehe
wah.. contest yang sangat ilmiah..bagus!!!
alhamdulillah.. jom la join sekali
.. ramai2 memeriahkannya.