Mantan Kepimpinan PERMATA Sesi 10/11

Presiden PERMATA 11/12  Mohd Nazri Bin Yasin sedang menandatangani simbolik penyerahan kuasa sambil diperhatikan oleh mantan Presiden PERMATA sesi 10/11 Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
Firman Allah Ta’ala : Dan orang-orang (Yahudi Yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak Yang membalas (dan menggagalkan Segala jenis) tipu daya. Al imran :54
Tamatlah Pilihan Raya Kampus bagi Warga DUN N.00 Mu’tah
Tahniah Saudara Mohd Nazri Bin Mat Yasin (Presiden PERMATA 11/12) serta Saudari Noraziah Binti Md Esa (Timbalan Presiden PERMATA 11/12) atas kemenangan mereka memungut undian yang besar untuk mengatasi pesaing-pesaing yang lain.
Ingatlah!. Anda adalah harapan kami dan PERMATA kali ini.
Tahun ini merupakan tahun ketiga saya bersama dengan PERMATA dalam PRK kali ini. Suasana meriah yang ditimbulkan sebelum penamaan calon menyebabkan suasanya sebenar PRK kali ini kelihatan sangat hambar ketika proses kempen.
Proses kempen itu ‘hilang’ dengan wujudnya hantu-hantu yang tidak dikenali berkeliaran menjadi mangsa-mangsanya untuk di fire.
Demokrasi dicemari hantu berijazah Sarjana Syariah?
Apa yang lebih mengejutkan saya adalah tentang kewujudan hantu kak limah Mutah ini sebagai hantu yang bacul dan penakut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka, mungkin disebabkan ada agenda yang tersendiri atau kepentingan lain. Wallahualam.
Isu yang panas dan menhangatkan PRK kali ini juga.
Walaupun admin sebenar dirahsiakan tetapi ingatlah, jika berlakunya perpecahan dikalangan ahli PERMATA disebabkan hantu-hantu ini. Ingatlah!. Allah akan menyoal mereka ini di padang mahsyar nanti.
Saya sangat sedih dengan keadaan yang berlaku menyebabkan ‘mood’ itu hilang dengan timbulnya isu-isu panas berkaitan dengan PRK kali ini.
Terima kasih kepada pihak SPR kerana bertindak segera menangkis hantu-hantu ini dari berkeliaran dengan sewenangnya dengan mewujudkan satu qarar. Syabas!
Semua ini adalah situasi yang normal ketika berlakunya PRK tidak kira dimana sahaja. Semuanya mengandungi tektik kotor dan sebagainya.
Asasnya hantu yang sebenar tidak takut dengan orang malah ia sangat suka mendedahkan identitinya untuk diketahui orang.
Tetapi hantu ini berijazah syariah yang tahu hukum dan hakam!
Demokrasi belum lagi mati di sini, yang mati sebenarnya adalah minda dan hati pelajar Mahasiswa yang taksub dengan politik kepartian. Mereka sanggup membudayakan revolusi untuk menganggu kententeraman awam di universiti.
Hormatilah hak aman dan damai yang sedang dikecapi oleh majoriti pelajar yang lain.
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujuraat 49:6)
Walau bagaimanapun, tinjauan dan maklumat yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai mendapati mood para pelajar buat masa ini masih belum ke arah penyertaan ke dalam kepartian memandangkan sebahagian mereka kini lebih memberikan tumpuan kepada akademik semata-mata.
Setiap permulaan ada pengakhirannya.
Salam Tahniah dan Takziah aku aku ucapkan kepada semua pimpinan baru 11/12 tidak ketinggalan juga pimpinan lepas 10/11. Ingatlah kita semua ada mata-mata rantai perjuangan Islam untuk tegakkan Islam. Ingatlah kamu semua..
Amanahkanlah segala gerak kerja kamu, kerana itu semua akan dipertanggungjawabkan kelak disana. Kekal kan lah perpaduan dan ukhwah diantara kita bersama sampai bila-bila. Tiada kata yang mampu aku lafazkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua.
Semoga kita bersama-sama jumpa lagi di AGM 12/13 tahun hadapan. Insyallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...