Ucaptama saya YDP Pulau Pinang seJordan 2011
June 3rd, 2011 | Posted by in Kembara Jordan
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum W.B.T …
Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malek Bin Abdul Aziz,
(Duta Besar Malaysia ke Jordan) serta isteri,
Yang Dihormati Tuan Haji Sulaiman bin Ismail,
(Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan) dan isteri,
Barisan rombongan dari Pulau Pinang yang diketuai oleh :
Yang Berhormat Dr. Mujahid BinYusuff
(Ahli Lembaga Pengarah, Pusat Urus Zakat),
Yang Berhormat Prof. Dr. Kamarulazizi Bin Ibrahim
(Ahli Lembaga Pengarah, Pusat Urus Zakat),
Yang Dikasihi Tuan Haji Azman bin Abdul Samat
(Pengurus Besar, Pusat Urus Zakat)
Encik Mohd Wardi
(Pegawai Pendidikan, Pusat Urus Zakat)
Encik Fitri
(Pejabat timbalan ketua menteri Pulau Pinang)
Serta,
Barisan intelektual delegasi, pegawai-pegawai dan Ahli Lembaga Pengarah (Pusat Urus Zakat), pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan serta hadirin dan hadirat wahana kegemilangan pencetus kecemerlangan.
Hadirin hadirat yang dirahmati ALLAH,
Adalah baiknya, saya meneruskan ucapan saya ini, dengan memberi sedikit gambaran, tentang statistik mahasiswa dan mahasiswi, anak-anak Pulau Pinang di Jordan.Untuk makluman delegasi dan hadirin sekelian, jumlah mahasiswa Pulau Pinang yang sedang belajar di universiti-universiti di jordan adalah seramai 29 orang. Dari jumlah ini merupakan jumlah yang sederhana berbanding dari negeri-negeri lain di mana para pelajarnya begitu ramai. Untuk perhatian hadirin sekelian juga, kompisisi peratusan ahli Pulau Pinang di Jordan ini adalah 30 peratus yang menuntut di JUST, Irbid dalam bidang perubatan dan pergigian, dan 70 peratus selebihnya menuntut dalam bidang fiqh usul,usuludin dan juga bahasa arab.
Yang berhormat dan Hadirin hadirat sekalian,
Untuk maklumat delegasi yang hadir, anak-anak Pulau Pinang di Jordan, menuntut di universiti yang berlainan, malah jarak antara satu universiti dengan universiti yang lain agak begitu jauh, oleh itu untuk memastikan anak-anak Pulau Pinang saling kenal mengenali antara mereka, khususnya dalam menjaga anak negeri ini, maka tertubuhnya satu badan kebajikan anak negeri yang diberi nama Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan ATAU (MUTIARA).
Hadirin hadirat yang dirahmati ALLAH,
InsyaALLAH, MUTIARA akan sedia upaya memastikan, kebajikan ahli-ahlinya terjaga, dan berusaha mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, bagi mengisi masa lapang ahli yang terluang. Justeru, MUTIARA sekaligus dapat membimbing ahli, menjadi seorang pelajar yang mempunyai sifat insaniah yang cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping memperolehi kecemerlangan darti sudut akademik, InsyaALLAH.
Para hadirin yang dikasihi sekalian,
Untuk memastikan kebajikan pelajaran anak-anak Pulau Pinang lebih terjamin, saya mewakili anak-anak Pulau Pinang disini ingin mencadangkan kepada majlis agama Islam Pulau Pinang agar menimbangkan dengan lebih serius tentang kadar kenaikan bantuan zakat dari RM 7000 kepada RM 10000. Ini selaras dengan negeri kita yang diiktiraf sebagai salah satu negeri yang maju. Untuk makluman dato-dato dan datin-datin, pelajar negeri Negeri Selangor dan Sabah sudah merasakan kenaikkan zakat dan apa kurangnya kita, Di samping itu juga, mengenai bantuan tetap kepada persatuan di sini,saya berharap agar pihak kerajaan, dan majlis agama Islam Pulau Pinang, dapat menyalurkan bantuan tetap tahunan kepada kami, bagi membantu perjalanan program dan aktiviti tahunan yang dapat dijalankan dan diteruskan dengan jayanya. Selain itu juga, saya berharap, selepas ini hubungan dan kerjasama yang lebih erat dapat diteruskan antara pihak persatuan di sini dan kerajaan negeri Pulau Pinang, bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan anak-anak Pulau Pinang di sini lebih terjamin.
Dato’-Dato’, Datin-Datin dan Hadirin hadirat sekalian,
Anak-anak Pulau Pinang di bumi Jordan memang selalu merindui, lawatan sebegini dari delegasi-delegasi kehormat Malaysia, khususnya delegasi-delegasi kehormat dari negeri Pulau Pinang. Ini bagi memupuk semangat kasih sayang antara pemimpin dan rakyat khususnya kami di perantauan yang memang berhajat benar merisik khabar di tanah air tercinta. Dalam pepatah arab ada menyebut ” ziarahlah jarang-jarang nescaya akan bertambah kasih sayang. Jadi, pada malam ini, terbuktiklah jalinan kasih sayang antara pemimpin dan rakyat telah tersemai. Alhamdulillah.
Para hadirin yang dirahmati ALLAH,
Untuk menutup ucapan saya pada malam yang penuh barakah ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dr. Mujahid Bin Yusuff dan Yang Berhormat Prof. Dr. Kamarulazizi Bin Ibrahim (Ahli Lembaga Pengarah, Pusat Urus Zakat) serta delegasi-delegasi negeri Pulau Pinang yang lain kerana sudi menjemput kami anak-anak Pulau Pinang di perantauan dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Tidak lupa juga jasa baik dari pihak Kedutaan Malaysia ke Amman, Jordan , pihak Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dan rakan-rakan seperjuangan di bumi Jordan ini. Jutaan terima kasih sekali lagi untuk semua ajk pelaksana majlis kerana berjaya mengadakan majlis ini pada malam ini .Buat akhirnya, saya ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian andai kata ada terkasar bahasa dan kata-kata saya yang mengguris perasaan sebentar tadi.
Yang baik itu dari Allah swt, yang tersalah bicara dan lemah adalah dari diri saya sendiri. Hakikatnya dari Allah dan disandarkan pada diri yang lemah ini.
Wallahua’alam.
shakirshafiee
YDP MUTIARA JORDAN
Butterworth | Mutah Jordan
25 Mei 2011
Related posts
- Sejarah dan Kisah Laut Mati di Jordan
- Berhenti menulis dan memblog buat seketika waktu
- Cerita Nescafe panas dan Nasi Lemak Sotong enam tahun lalu
- Kita saling memerlukan antara satu dan yang lain!
- Realisasikan impian sebagai seorang PEGUAM
- Pilihan Raya Kampus: Demokrasi dicemari hantu berijazah Sarjana Syariah?
- Bersama bekas Ketua Polis Negara Malaysia
- Entry PERTAMA 2011(kami dikhianati)
- Menempuh semester soifi terakhir 2011
- Kisah 4 tahun lalu semasa saya di tahun 1
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




mabruk alaik!!
syukran ya akhi kareem:)
tumpang lalu sedare YDP!
silakan ustaz