Bersama bekas Ketua Polis Negara Malaysia

May 27th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
(Gambar lama) Hebatnya Tuhan kami iaitu Tuhan yang mencipta  langit dan bumi!
Pertemuan yang tidak disangka Ashabul al-Kahfi di Abu Alanda Jordan – Kredit Hamzah Hassan
Salah satu tempat dalam sejarah Islam.
Satu kebetulan yang mampul menaikan semangat pemuda-pemuda Islam ashabul kahfi.
Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim.
Ketika  raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.
Tapi pemuda-pemuda ashabul kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kejaran pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dan sembilan lagi – (Al-Kahfi: 25)
Tempat yang menjadi peristiwa buat pemuda-pemuda yang dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT – Sumber
Demikianlah gambaran siapakah para penghuni gua ashhabul kahfi ini.
Firman Allah Taala  yang bermaksud :
“(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo’a: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)” (QS al-Kahfi:10)
Tanpa diduga kami terserempak dengan mereka. Siapa?
Beliau adalah Tan Sri Norian Mai yang merupakan Ketua Polis Negara Malaysia  yang keenam dan berkhidmat dari 8 Januari 1999 sehingga persaraannya pada 5 November 2003.
Kami sempat berkenalan dan bertukar-tukar fikiran serta berbincang mengenai isu semasa Malaysia dan pengalaman yang mereka lalui sepanjang di Jordan ini.
Mereka dalam keadaan bergegas namn mereka masih lagi sanggup menunggu dan melayan kami untuk mendengar dengan lebih lanjut mengenai ashabul kahfi ini dalam versi student (melayu).
Disini segalanya mudah untuk bertemu dengan pimpinan besar dari Malaysia tidak kisahlah latar belakang parti mereka. Tetapi inilah yang dinamakan rezki orang perantau. Kalau di Malaysia jangan haraplah dapat bersemuka tanpa sebarang temujanji!
Umno atau Pas semuanya senang dan mudah.
Kita doakan juga semoga Malaysia terus aman damai, mendapat keberkatan dan petunjuk serta hidayah dari Allah swt serta menjadi negara yang digelarkan Allah sebagai “negara yang mendapat keberkatan dan limpahan nikmat”.
Walaupun perjumpaan yang singkat tapi ia sangat bermakna buat kami!
…..tapi mengapa perjumpaan kami disini? … apa kaitannya dengan peristiwa pemuda-pemuda yang ditidurkan oleh Allah. Semoga semua ini ada hikmah dan manfaatnya.
Semoga roh semangat pemuda-pemuda pilihan Allah itu akan menjadi satu semangat untuk kami mengutip mutiara-mutiara yang berharga sepanjang belajar disini.
~rezki orang perantau

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

5 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge