Welcome to Delicate template
Header
Just another WordPress site
Header

Tragedi tanah runtuh Hulu Langat – AL Fatihah

May 21st, 2011 | Posted by shakirshafiee in Tanah Airku
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. “kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali”

PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat – BH Online
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. “kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali”
Marilah kita sama-sama doakan moga keselamatan dan perlindungan dari Allah buat buat semua mangsa-mangsa tanah runtuh yang melibatkan anak-anak yatim ini.
Sangat sedih rasanya bila terbaca berita mengenai  ini tragedi yang memilukan ini. Semoga Allah menyelamatkan mereka ini. Ameen.
Semua ini adalah dalam pencaturanya. Kita sebagai hamba terimalah ini sebagai qada dan qadarnya dan yakinlah semua ini ada hikmahnya yang berlaku.
Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabk an menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak.
Masyarakat awam juga mempunyai tanggungjawab sosial ke atas mereka dengan menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan rumah anak- anak yatim yang kadang-kadang mengharapkan bantuan dari orang ramai.
Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak atau sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Jelaslah bahawa pahalanya sangat besar bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat roh yang telah pergi menemuinya dan roh mereka ditempat bersama dengan orang-orang yang soleh. Al Fatihah..
KAJANG 21 Mei : Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.
Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.
Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah terbabit dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2 petang tadi.  - Sumber
shakshaf : Sayu hati dan sedih  menerima berita ini kerana mereka dari kalangan yang tidak mempunyai ayah dan ibu kandung didunia ini. Insyallah. Allah akan pertemukan mereka dengan ibu dan ayah kandung mereka di akhirat yang abadi iaitu di syurga kelak. Ameen

This post was written by

shakirshafiee – who has written posts on shakirshafiee™.
MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

2 Responses

  • Latifah says:

    al-Fatihah. dari Allah kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang.
    baru tahu juga berita ni tadi, itupun housemate yang inform.
    semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh-Nya.

  • Nor says:

    sejak akhir-akhir ni banyak tragedi tanah runtuh.hurm..semakin ramai orang baik-baik menemui ILLAHI..kelak.tinggal orang zalim jer kat bumi ini.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>