Alangkahnya Indah Hidup BerPERSATUan

May 8th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
Bismillah ar rahman ar rahim
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan SABARLAH (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” ANFAAL : 46
Tiada penglibatan, tiada komitmen
Apabila seseorang itu baru dalam sebuah organisasi atau apabila seorang kanak-kanak dalam keluarga itu masih kecil. Cuba kita sama-sama fikirkan dan renungkan bersama.
Adakah kita dapat memberikan mereka suatu kepuasan serta idea dan mereka akan terima ?
Apabila orang telah dewasa dan kehidupan mereka telah dikelilingi orang luar, mereka mahukan penglibatan. Dan jika mereka tidak dapatkan penglibatan itu, mereka tidak akan mempercayainya.
Seorang kanak -kanak tidak semestinya akan mendengar setiap arahan ibu dan ayahnya mesti ada sahaja bantahannya. Mesti akan cuma memberikan pandangan dan idea sendiri. Asasnya jelas!
Inilah sebabnya pembinaan penglibatan dan komitmen dalam mana-mana situasi diatas akan mmemerlukan masa, kesabaran, penglihatan dan kemahiran serta kefahaman.
Sekali lagi saya nyatakan ia bukan penyelesaian yang utama!
Ia memerlukan masa, kefahaman, prinsip dan keberanian untuk menyelesaikan masalah pengurusan dan nilai tambah bersama.
Namun semua ini akan jelas jika manusia memerlukan ‘cermin’ bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita.
Takabbur ilmu vs Tawaduk ilmu
Kata ulama ilmu ini ada tiga jengkal : Huraian lanjut disini
1- Orang yang baru belajar ilmu ini maka ia akan mudah ‘takabbur’
2-Orang yang sudah belajar kenal ilmu ini maka ia akan  mudah ‘tawaduk’
3-Orang yang telah kenal semua ilmu ini maka ia akan rasa sebenar dirinya  ’tidak tahu apa’
Saya sentiasa kagum apabila berlakunya pertembungan ‘dua hala’ dalam persatuan dan melihat proses ini semakin hari semakin matang dan banyak manfaatnya kepada semua.
Saling lengkap melengkapi antara kita semua dan menggunakan saluran yang betul.
Teras setiap persatuan ialah apa yang tidak berubah, apa yang sentiasa wujud wawasan dan nilai bersama. Dengan menyatakan suara persatuan asasnya yang utama.
Peranan dan matlamat kita berpersatuan memberi satu struktur dan hala tuju yang tersusun kepada pemimpin kita. Jika tanpa kita siapalah mereka.
Hanya mengenal pasti pelbagai cabang masalah dan setiap hasil yang tercapai untuk melangkah ke hadapan untuk melihat persatuan ini milik bersama bukan milik pimpinan semata-mata.
Indahnya Hidup BERPERSATUAN
“Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain”
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu asasnya. -Sumber
Disinilah tempat kita bermula!
shakshaf : Maaf andai tiap kata-kata yang saya tuliskan, membawa kepada ketidakpuasan hati kalian.

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

2 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge