Alhamdulillah. Segala penat dan lelah sudah berakhir.
Selama hampir 4 bulan berjuang akhirnya hari peperiksaan yang dinantikan sudah berakhir hari ini.
Bukan pointer dan muaddhal yang ditarget tetapi setiap ilmu yang diperolehi dan paling utama belajar kerana Allah dan study untuk peperiksaan.
Allah mengingatkan kita dalam firmannya “faiza ‘azamta fatawakkal ala Allah” .
Azam dan berusaha telah dikordankan akhir untuk hasilnya saya serahkan pada Allah dan biarlah Allah tentukan segalanya.
Pastinya segalanya kerana Allah.
Ada apa dengan sebuah peperiksaan?
Adakah sekadar belajar dan memahami subjek tertentu hanyalah untuk peperiksaan semata-mata atau lebih dari itu. Tepuk dada tanya iman kita!
Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji sejauh mana kemampuan, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang. Ianya juga menjadi kayu ukur dan tanda aras kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti.
Pelbagai tafsiran yang mampu dihuraikan oleh seorang pelajar termasuk saya sebagai seorang mahasiswa timur tengah yang bakal turun kepada masyarakat tetapi adakah setakat perjuangan di dalam dewan peperiksaan sahaja. Tidak lebih dari itu?
Bagi seorang pelajar peperiksaan adalah satu ujian yang wajib yang perlu dilalui untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman selepas satu tempoh masa yang ditetapkan.
Natijah yang baik yang diperoleh itulah yang menentukan tahap penguasaan kita dalam sesuatu subjek setelah selesai sebuah peperiksaan.
Hikmah diwujudkan peperiksaan
Medan inilah yang yang akan menentukan ukuran khas secara terperinci bagi menyediakan kita suatu kaedah sistem pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka selepas menghadapi peperiksaan.
Kita juga boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik kita sendiri dengan mudah dan lebih berkesan setelah melalui peperiksaan ini.
Dengan ini, kita boleh menilai dan muhasabah sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman kita tentang apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas.
Yang paling utama ia juga memberi peluang kepada kita untuk membina keyakinan diri dan sikap positif serta satu sistem pembelajaran untuk mencapai target kita dalam sesuatu peperiksaan.
Tingkatkan hubungan dengan ‘mereka’
Disamping itu juga hubungan kita dengan Allah juga mestilah semakin dekat dan bukan hanya ketika peperiksaan sahaja. Malah ia perlu sentiasa istiqamah dalam mencari keredhaannya bukan sekadar penat lelah yang kosong selepas peperiksaan tanpa ada matlamat.
Semua pengorbanan ini ada matlamat dan tujuannya.
Biarlah penat lelah itu dibayar dengan ganjaran pahala yang setimpalnya darinya dan bukan hanya dapat penat dan lelah yang sia-sia!
Dan pastikan hubungan kita dengan ibu bapa juga perlu dalam menjamin kecemerlangan serta doa dan solat yang tidak putus dariNya di samping bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
Ya allah. Berikanlah kami kejayaan dan jauhkan kami dari kegagalan didunia dan akhirat.
Semoga kejayaan milik kita semua!
Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang tidak baik itu kelemahan saya sendiri. Moga Allah menjadikan tulisan dan peringatan ini kebaikan untuk diri saya dan mereka yang masih beriman.
Wallahua’alam.
shakirshafiee
~kongsi sampai mati~
Butterworth | Mutah Jordan
1 Jun 2011
~kongsi sampai mati~
Butterworth | Mutah Jordan
1 Jun 2011






