Tips Sujud Syukur
April 26th, 2011 | Posted by in TipsSenang dilakukan tapi bilakah terakhir kita lakukan?
Sujud Syukur
Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan :
1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Sumber : Dr Wahbah Zuhaily didalam Kitabnya Fiqh al-Islami 2\122.
Kemaskini Mei 2012
Related posts
- Tips Solat Istikharah
- Tips Bercuti & Bermusafir!
- Tips Penjagaan Diri dalam Musim Sejuk
- Tips Memilih Pasangan Ideal
- Tips kasih abang kepada adiknya
- Tips Lembutkan Hati
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





tak penah buat sujud shukur… dulu masa spm.. penah skali ustaz suruh buat… dah dapat result bagus.. tapi tak buat pun…
syukran jazilan atas perkongsian anda… insyaalllah akan dilaksanakan dengan segera…
Ehh…sama lah dengan kite…tapi lepas menelaah perkongsian di sini, maka aku akan berusaha untuk meringankan tulang empat kerat aku nih untuk menjadikannya rutin harianku setiap kali selepas solat..
insyaallah…mai la kita berusaha.. BD
Terima kasih atas perkongsian ini
thanks for sharing this. Been looking on how to do the Sujud Syukur. Thanks a lot!
thanks…dah dapat ilmu lagi
jom pakat2 sujud atas nikmat Allah yg telah diberikan…nikmat iman dan islam…
trime kasih..tips yg sgt bergne..insyaAllah,mari amalkan
mudah dan ganjaran tinggi…masyaallah….:)
terima kasih atas memperingati sesama Islam..
minta izin copy ya??^_^
mohon share
))))
boleh .. silakan
salam,
saya ingin bertanya, bagaimana jika seseorang itu sujud syukur tetapi dia tidak melakukan takbiratul ihram? Adakah masih sah sujud tersebut?
salam.. Syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu..
ohh.. terima kasih banyak2 (:
salam..kalau sy wat sujud syukur selepas salam boleh?
Hukum-hakam sujud syukur sama dengan hukum-hakam sujud tilawah; hendaklah berada dalam keadaan suci, menghadap kiblat, menutup aurat dan syarat-syarat lain yang diperlukan dalam solat sunat bagi mereka yang menganggapnya sebagai solat.
thanks for sharing. tapi bolehkan kita lakukan sujud syukur dalam keadaan berhadas besar?contoh seperti datangnya perkara kebaikan itu kepada kita pabila kita sedang dalam keadaan berhadas besar.kita nak buat time tu atau tangguh dulu?
boleh sahaja tgguh dulu. sebab Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Assalamualaikum,
Apa ya bacaan untuk sujud syukur tu dalam bahasa Arab? Jika dapat dikongsikan di sini..
Syukran.
WASALAM… insyallah… nnti ada kelapangan saya kongsikan doa itu
Doa ini pon boleh di amalkan juga maksudnya:
“Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penlihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.
syukran jazilan kerana sudi berkongsi ilmu…
afwan jjuga dan selamat beramal
Syukran. boleh ..
Thanks a lot! tapi bolehkan kita lakukan sujud syukur dalam keadaan berhadas besar?contoh seperti datangnya perkara kebaikan itu kepada kita pabila kita sedang dalam keadaan berhadas besar.kita nak buat time tu atau tangguh dulu?
sama-sama.. Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam keadaan wudhu.
thank you alot……….insyallah akan dipraktikan selalu
sama-sama
SEMOGA bernilai ibadah dan pahala
niat dy mcm mne?
niatkan dalam hati untuk melaksanakan syujud syukur tersebut
maknanya, perlu ada wuduk untuk sujud syukur?
berdasarkan yg saya tahu, apabila datang perkara yang menggembirakan, kte perlu trus sujud syukur…tp ble saudara kata, perlu takbirratul ihram, sy rasa berlawan dengan ape yang saya tahu. sebab, sujud syukur adalah perkara sunat.bukan wajib. untuk meyakinkan saya, boleh x saudara bagi dalil naqli atau aqli yg menyatakan sujud syukur, perlu ada takbir. sekadar untuk perkongsian.
Wasalam
Terima kasih atas pertanyaan tersebut.
Setakat yang saya belajar bentuk sujud syukur didalam :
1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Sumber : Dr Wahbah Zuhaily didalam Kitabnya Fiqh al-Islami 2\122
mohon copy ye..trima kasih
boleh.. silakan..
terima kasih atas info yg amat berguna…sekarang dah tahu mcm mana buat sujud syukur. Insya-Allah akan diamalkan
Assalam, sungguh indah amalan sujud syukur ini, ia menunjuk kan yang kita ini hanyalah hamba yang hanya bergantung pada yang Esa, dan kepada Dia jugalah kita sujud untuk tanda kita bersyukur..
Terima kasih atas perkongsian
tq…,info
Salam, terima kasih shakir, kongsi pasal ni. Lama dah duk cari. Ringkas dan paham teghuiih.. hehe
thanks a lot atas infonya. Mohon share yeaaa
sama-sama.. silakan..
takbirratulihram itu dalam keadaan berdiri atau duduk ? boleh tolong jelaskan
Jika kita mendapat berita gembira, mana lebih afdal utk dilakukan, sujud syukur atau solat sunat syukur. Minta penjelasan.