Kita saling memerlukan antara satu dan yang lain!
April 25th, 2011 | Posted by in Kembara Jordan
Hatta dalam persatuan sekalipun kita saling memerlukan antara satu dan yang lain untuk duduk satu meja, Kerana hidup berjamaah adalah hidup yang berkat.
Selamat berjuang dan berkorban untk Islam dengan harapan untuk sama-sama menghuni syurga yang seluas melebihi langit dan bumi.
Janganlah merasa kita ini cukup gagah, tidak perlu kepada orang lain. Hingga kerana itu kita menyombongkan diri terhadap orang lain terutama orang yang lebih bawah daripada kita seperti orang orang yang kita rasakan lebih miskin, lebih hodoh dan rendah pangkatnya dari kita.
Sebenarnya sebagai hamba Allah, kita diciptakan oleh Allah dalam keadaan lemah dan sangat memerlukan pertolongan atau bantuan daripada orang lain apatah lagi daripada Allah.
Tanpa bantuan dari Allah dan daripada sesama manusia, kita akan mengalami kesusahan dan malapetaka.
Hari ini kesedaran ini belum wujud dan susah dipraktikkan dalam masyarakat kita. Tidak ramai yang faham kenapa Allah jadikan orang besar, orang miskin, toke dan kuli dan lain-lain lagi.
Kerana manusia tidak sedar yang mereka saling memerlukan antara satu dan yang lain. Apabila ini tidak disedari, terjadilah keadaan ketika masing-masing terasa dirinya lebih dari orang lain.
Manakala yang kurang pula rasa hina diri. Lalu hidup manusia berantakan, pecah belah dan hidup dalam keadaan tekanan. Tidak ada lagi kedamaian dan kasih sayang.
Kebahagian dunia terancam kebahagiaan diakhirat teraniaya.
Jika kita sedar marilah sama-sama merenung dan berfikir untuk mengubah sikap, memperbaiki keadaan masing-masing dan memulakan sikap menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri.
Saidina Muaz bertanya kepada Rasulullah. ” Bagaimana untuk selamat di hisab nanti?” Jawab Rasulullah, ” Engkau kasihi orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri.”
shakshaf : Sehebatmana pun kita pasti kita memerlukan orang lain!
Related posts
- Alangkahnya Indah Hidup BerPERSATUan
- Blog ini ibarat keluarga yang besar tapi... Beringatlah!!
- Bersama bekas Ketua Polis Negara Malaysia
- Contest wallpaper Mu'tah 2010
- Cerita Nescafe panas dan Nasi Lemak Sotong enam tahun lalu
- Dari Malaysia merantau ke Jordan
- Berakhirnya sebuah 'imtihan' duniawi
- kepada mereka yang sudi dipersilakan
- Puasa anak perantau - Awal Ramadhan yang ala kadar
- Hujan di Jordan tiada kaitan dengan nuklear
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



