Cerita Nescafe panas dan Nasi Lemak Sotong enam tahun lalu

April 21st, 2011 | Posted by shakirshafiee in Kembara Jordan
Menanti seorang ‘ustaz ustazah’ yang boleh bersama masyarakat di kampung
Sudah lama menyimpan niat untuk menulis tajuk ini, Alhamdulillah diberikan peluang keringanan jari-jari untuk menaip tajuk ini.
Pulang bercuti  semester lepas, perkongsian bersama ahli jamaah masjid semasa pulang bercuti  baru ini amat bermakna dan  amat memberi pengajaran buat diri yang serba dhaif ini. Semoga pengalaman ini bermanfaat bersama.
Singgah di sebuah kedai kopi yang terletak tidak jauh dari teratap buruk saya, mengingatkan kembali enam tahun lalu  yang menjadi tempat persinggahan saya dan ayah sebelum keluar ke pasar borong untuk mencari barang-barang keperluan berniaga.
Disitulah banyak kenangan yang mengajar ku cara bergaul dan mengambil hati orang-orang yang agak lama. Sedang dilamun cerita dulu, bahu saya di cuit.
‘Ustaz apa khabar? tidak kemana  hari ini ustaz? Mai la duduk minum dengan pakcik sekali’.
Pelawa  seorang pelanggan kedai kopi tersebut yang  juga merupakan salah seorang ahli jamaah masjid yang berdekatan disitu. ‘Ah..!! Kali ini aku tidak dapat mengelak lagi’ bermonolog sendirian walaupun sebelum ini dapat mengelak setelah beberapa kali dipelawa .
Pesanan yang sama seperti enam tahun dulu Nescafe panas dan Nasi Lemak Sotong  sudahpun dibuat. ‘Segan rasa pakcik panggil saya ustaz’, luahan hati kecil saya kepada pakcik. ‘Segan apa.? Mengaji dekat Jordan ustaz la tu’ balas pakcik kepada luahan saya tadi sambil tersenyum.
Sementara menunggu santapan yang dipesan tiba dimeja. Pakcik memulakan perbualan dengan pertanyaan demi pertanyaan kepada saya dan kebanyakan persoalan berbentuk pandangan. ‘Aduh.! Mencabarnya soalan, kat Jordan tak nak belajar betul-betul.
Mujurlah balik bercuti bukan balik sebagai seorang graduit lagi’. Hati saya terus berbisik.  Terasa diri ini semakin kurang dan sangat kerdil dengan persoalan-persoalan yang keluar dari mulut pakcik. Saya cuba menjawab dan cuba menghuraikan satu persatu soalan yang di ajukan pada saya. ‘wallahualam’.
Kata-kata ku setelah selesai menjawab soalan yang agak menguji tadi dengan harapan ianya tidak memesongkan.Habis dari soalan, saya memulakan dialog dengan soalan kepada pakcik.
‘Apa pandangan pakcik terhadap anak-anak kampung kita yang ramai dan telah menamatkan pengajian mereka di dalam bidang agama khususnya’. Saya bertanya seolah-olah ingin tahu apa yang akan keluar dari mulut pakcik dengan mengharapkan jawapan yang benar  dari hati.
Perbualan terhenti seketika dengan kedua kami memandang kepada pembantu kedai yang membawa hidangan yang dipesan sebentar tadi.
‘Ustaz, sebenarnya persoalan ustaz memang da lama ada jawapannya, banyak kali cuba untuk berkongsi tapi tidak kesampaian’.
Terasa hairan dan tertanya-tanya apabila mendengar kata-kata pakcik. ‘Kalau pakcik tidak keberatan teringin sangat nak berkongsi mendengar pandangan pakcik’. Saya meneruskan pertanyaan menunjukkan kesungguhan ingin tahu.
‘Ustaz, kalau kita kira-kira lah, anak-anak kampung kita yang belajar diluar Negara dan sudahpun tamat dengan segulung ijazah hampir belasan orang’.  Saya mengangguk menandakan setuju. ‘Tapi pakcik sedikit tertanya-tanya kemanakah mereka yang selama ini kami menanti-nantikan kepulangan mereka yang suatu ketika dahulu kami menharapkan merekalah tempat rujukan kami untuk bertanyakan hukum-hakam dan tempat  berkongsikan masalah.
Terkadang hati ini di ganggu syaitan dengan teringatkan berapa banyak duit yang telah dilaburkan untuk anak-anak kampung ini yang ingin belajar agama diluar. Bukan apa kadang-kadang kami orang-orang tua ni teringin sangat untuk duduk bersama  anak-anak muda seperti ustaz, anak-anak kami tidak ada yang jadi ustaz ustazah, kami pula dulu tidak berpeluang nak mengaji agama seperti sekarang’.
Luahan hati pakcik membuatkan saya mula rasa sebak.
Lagi disini Hasil nukilan hebat ‘air tangan’ Presiden Persatuan Malaysia Mutah Jordan.
shakshaf : Semakin hari semakin kehilangan dan kepupusan idea untuk menulis.. Ya allah berikan aku kekuatan untuk berkongsi dengan mereka diluar sana.. ~~ kongsi sampai mati ~~

This post was written by

shakirshafiee – who has written 416 posts on shakirshafiee™.

MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

Send an Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Related posts

coded by nessus

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

2 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge