Pelajar Malaysia Madinah lemas ketika mandi dilaut
April 17th, 2011 | Posted by in Kembara Jordan
sama-sama kita sedekat alFatihah untuk arwah – Sumber
Innalillah wainna ilaihi rajuun. Itu benar dan hakiki!.
Yakinlah, Dari Allah kita datang dan dari Allah kita kembali.
Setiap yang hidup pasti merasai mati tiada siapa yang ‘tahu’. tiada siapa yang dapat melawan takdir hari teakhir kita bermusafir dan mengembara ditanah bumi pinjaman ini.
MAKA, Apabila meninggal anak adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara. : 1.Sedekah jariah 2.ILMU yang BERMANFAAT 3.DOA anak yang SOLEH..
Kematian orang lain adalah satu ingatan untuk mengusik kalbu dan minda kita, bahawasanya satu hari nanti akan tiba giliran kita pula.
Yaallah berikanlah diri ini kekuatan untuk mengapai syurgaMu. Redhoilah aku untuk berada dibumi Mu ini untuk membawa bekalan kelak. Aku merindui untuk bersama bidadariMu dan syahid dijalanMu.
Hakikat musafir di dunia ini pasti ada penghujungnya Justeru, apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk bertemu Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?
Begitulah fitrah manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Pemiliknya. Allahyarhamuhu pergi buat selama-lamanya menemui yang amat dicintainya.
Setiap yang hidup pasti merasai mati tidak kira tua, muda, miskin atau kaya semuanya akan kembali bertemu dengan tuhanNya kelak.
Sedih rasanya hendak saat menerima berita ini semalam berikutan kematian seorang pelajar di Universiti Islam Madinah tahun pertama dan juga merupakan junior dalam Diploma Darul Quran JAKIM.
Saya pun tidak serapat mana dengan arwah tetapi atas ikatan junior saya kuatkan hati juga untuk menulis untuk berkongsi. Dan saat kematian yang begitu mudah sekali diangkat oleh Allah untuk bertemu denganNya.
allahyarhamuhu disyaki tidak pandai berenang, ataupun pandai berenang tapi cram ataupun mungkin di bawa ombak ke tengah laut. Semua ini hanya andaian dan kemungkinan.
Jenazah allahyarhamuhu akan dikebumikan di perkuburan baqi’ disebabkan masalah dan prosuder yang menganbil masa selama 2 bulan untuk proses penghantaran jenazah ke malaysia. – Sumber
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Muhammad Noraizuddin bin Nordin AlHafiz dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman. A’min.
Salam takziah untuk keluarga tercinta arwah! Alfatihah.
Related posts
- Pelajar Perubatan Malaysia Jordan meninggal dunia. AlFatihah
- Apa yang perlu Ketika Musim Sejuk
- Meratah Kepala Kambing hingga titisan Akhir [18SG]
- Tun Dr Mahatdir Mohamad di Jordan hari ini
- [Gambar] Musim buah-buahan tempatan di negara orang
- 4 jejaka melakar sejarah sendiri
- Jawatan : Amanah atau Anugerah
- ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) : MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN ( MPPMJ ) NYATAKAN KEKESALAN DAN PENDIRIAN!
- Siri Kembara Jordan
- Status halal minuman Barbican mengelirukan?
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




Innalillah wainna ilaihi rajuun
-semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman -
takziah untuk keluarga arwah….
moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman…..Amin……
Takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah..