Bak kata peribahasa melayu “ Jauh perjalanan luas pemandangan dan pengetahuan”.
Susah nak dilafazkan dengan kata-kata dan hanya zikir-zikir Subhanallah,Hamdalah dan puji-pujian yg mampu diucapkan dalam hati, hanya kenangan yang mempu membuat aku mengukir senyuman tatkala berada seminggu di negara jiran Jordan –Mesir.
Sudah lebih setahun saya kesana dan hari ini baru diberikan peluang untuk berkongsi apa yang saya dapat sepanjang trip kami kesana selama 17 hari.
Disebabkan blog saya kena hacked selama hampir 2 bulan terus hilang semangat nak update pasal trip tersebut sehingga hari ini.. Tapi sekarang akhirnya diberikan kekuatan setelah lama menyimpan gambar-gambar ini.
Semua gambar ini sekitar Giza Piramid dulu. Jom layanzzz.

Mengkagumkan! Mesir mempunyai pyramid yang sudah berusia mungkin melebihi lima ribu tahun. Seni bina yang hebat. Ia juga salah satu perkara ajaib di dunia ini.

Bila kawan-kawan Mesir nak datang Jordan plak ni?..
Dan binaan pyramid juga menyimpan sejarah kezaliman dan kerakusan kuasa

Kaherah, Alexandria, serta Universiti Azhar akan menyusul.. Nantikan.
Ringkasan sejarah :
Peradaban Mesir terkenal sebagai salah satu di antara sejarah peradaban manusia tertua di dunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran negara paling maju dalam hubungan sosial di zamannya
Republik Arab Mesir merupakan sebuah negara yang luas iaitu meliputi 1,002,00 kilo-meter persegi di Benua Afrika. Namun begitu hanya 4 % daripada tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang amat sesuai untuk pertanian sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit. Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah (muhafazah).
Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak tergantung kepada musim hujan. – sumber
Maksud Firman Allah s.w.t . “Bertebaranlah kamu di muka bumi ini dan lihatlah akibat pendustaan oleh orang-orang terdahulu”.
bersambung..
shakshaf : Tanah arab dan sekitarnya sudah diterjah tahun lepas. Adakah tahun ini saya akan beraya di eropah sana.. Doakan yer..
Angin sepoi UK sedang memanggil..
gambar, Piramid