Menulis, kerana itu cara saya menentang mati?
April 10th, 2011 | Posted by in Kembara JordanSemalam saya diberikan kekuatan untuk membaca trilogi aku terima nikahnya. Walaupun sudah lama saya membelinya dengan bantuan sahabat yang pulang ke Malaysia 3 bulan lepas.
Masa yang sangat padat membuatkan saya terpaksa menunda bacaan buku ini.
Pada mulanya buku kompilasi best seller 3 dalam satu ini saya ingin hadiahkan kepada sahabat saya yang akan mendirikan rumah tangga. Tetapi Allah tahu yang terbaik untuk mereka sudah ada sahabat saya yang lain sudah menghadiahkan buku tersebut.
Sedih pulak rasanya tidak dapat menunaikan hasrat hati ini.
Walaubagaimana pun kehadiran saya pada majlis tersebut sudah cukup menceriakan hati saya tatkala tidak dapat memuaskan hati sebenarnya.
Tidak mengapa. Ada hikmahnya. Sebenarnya hari ini…….
Saya hanya ingin berkongsikan bersama anda apa yang saya dapat dalam trilogi tersebut. Sebenarnya saya hanya sempat menghabiskan muqqadimahnya sahaja semalam dan sempat menghayati ayat-ayat dibawah ini sebelum tertidur dek kerana keletihan.
Saya tahu ada yang susah mengkhatamkannya. Tapi tak salah saya mahu ber~kongsi sampai mati~ kan.
Hayatilah tiap kata-kata yang ditulis dengan ikhlas dari hati oleh sifu saifulislam.com dalam edisi istimewa beliau yang sangat menyuntik semangat saya untuk menulis dan terus menulis.
Terima kasih ustaz.

Sebagai pengikut dan pembaca beliau saya sentiasa menghayati setiap kata-kata beliau yang mampu merubah hati-hati diluar sana untuk mengenal erti kehidupan sebenar di alam realiti mahupun diaplikasi dalam penulisan.
Doakan saya dapat habiskan pembacaan ini. Jika ada masa saya akan kongsikan apa yang sayang dapat. Insyallah moga ada manfaatnya untuk kita bersama.
Bersedialah dan selamat menulis untuk anda semua!
p/s : Saya ingin mengingatkan kepada adik-adik yang bakal menyambungkan pengajian di Mutah Jordan serta universiti di Jordan.
Ada peringatan untuk anda!
Saya simpati dengan mereka yang datang ke Jordan mencari Hasrizal, Maszlee, MAZA, UZAR ataupun menganggap boleh menjadi seperti mereka setelah menjejak kaki ke sini.
Orang-orang yang disebut itu menjadi diri mereka sendiri bukan faktor Jordan semata-mata, namun matlamat, kesungguhan, pengalamn dan kebijaksanaan yang ada pada mereka sendiri.
Jordan mampu melahirkan orang hebat apabila orang yang datang itu hebat atau ada usaha yg hebat. Jika sebaliknya, Jordan akan melahirkn mereka sebaliknya juga. via Shahrul Ifwat
shakshaf : Ikhlaskan hati anda sebelum datang kesini. saya doakan kejayaan anda menempah nama selaku pelajar timur tengah Jordan.
Related posts
- Haza Min Fadhli Rabbi - Salji 2012
- Ucaptama saya YDP Pulau Pinang seJordan 2011
- Entry PERTAMA 2011(kami dikhianati)
- Sukan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan
- Jalinan ketika ‘dapur berasap’
- Kisah 4 tahun lalu semasa saya di tahun 1
- Kes ‘berdarah’ pelajar Malaysia Di Jordan
- Hujan batu petanda berakhir musim sejuk di Jordan
- [Gambar] Aset bernilai jutaan Dinar Raja Jordan
- [GAMBAR] Laut yang tidak tenggelam
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




semoga habis pembacaan
terngat sya akan sorang sahabat lama yg sdang mnuntut d Mutah Jordan skrg..harap baik2 saja
ameenn.. insyallah.. jika diberikan perumpamaan.. siapakah sahabat anda tersebut.. kot2 kenal..
salam..
nti share la dgn kami:) jzkk..
salam.. Insyallah.. Jika diberikan kekuatan untuk menulis