Pergaulan dalam Pertunangan!
April 9th, 2011 | Posted by in Perkahwinananda mampu mengubahnya
Bismillah ar rahman ar rahim
Sejak akhir-akhir ini saya selalu ditanya dengan soalan yang boleh diketegorikan sebagai ‘killer’ untuk dijawab oleh kawan-kawan saya.
Saya faham mungkin mereka mahukan pandangan serta pendapat sebagai seorang abang dan sebagai seorang sahabat yang mungkin ada sedikit pengalaman.
Saya sangat raikan dan mengalukan sebarang soalan untuk dijawab serta dikongsikan sebagai satu wadah ilmiah disamping menambah ilmu pengetahuan yang sangat cetek ini.
Baru-baru ini ketika menghadiri satu program tahunan di Irbid saya diajukan soalan tentang pantang larang dalam perhubungan dalam fatrah pertunangan. Saya sangat terkejut.
Namun, saya tetap menjawab sebagai meraikan soalan yang ditanyakan itu. Walaupun tidak layak, dan dengan sedikit pembacaan saya menjawab.
Jawapan saya hanyalah sangat pendek dan ringkas dengan menggunakan perumpaan in :
“belajarlah menekan brek dan kawan sterang bila meter di dashboard mencecah angka 120km/j, anda mungkin terkena perangkap had laju.”
Kawan saya tadi terdiam mendengar perumpamaan itu.
Pertunangan adalah istilah yang digunakan dalam masyarakat yang membawa maksud seseorang telah terikat janji dengan orang lain dengan maksud untuk menikah dengannya nanti.
Segala bentuk perhubungan adalah bergantung atas individu masing-masing dalam mencorakkannya mengikut apa yang digariskan dalam Islam melalui cara masing-masing yang tidak berlebihan dengan agama.
Nabi bersabda yang mafhumnya : Kawallah hati kerana hati tenang dengan kebaikan resah dengan kejahatan.
Dalam hati saya mengatakan bahawa menggunakan perumpaan ini dapat memahamkan tentang sejauh mana hubungan dalam pertunangan yang dibenarkan agama.
Saya bukan tidak mahu menggunakan hujah ilmiah tetapi saya lebih suka menggunakan logik akal untuk lebih senang difahami sebelum memberikan hujan-hujan ilmiah.
Tidak semua orang dapat difahamkan dengan jawapan dengan hadis dan al-Quran tetapi jawapan menggunakan logik akal kadang-kadang dapat membantu kita sebelum memahamkan menurut agama.
Itu yang saya lebih selesa dengan keadaan sekarang.
Dalam Islam sebenarnya tidak memberi tahu dengan detail bagaimana cara hubungan dalam pertunangan. Maka disini bijak-bijaklah dalam mengatur.
SMS,Email dan Fb untuk bertanya kabar………….. Boleh, cuma?
bersederhanalah dalam setiap perbuatan itu yang terbaik. Moga redha Allah yang kita harapkan dalam setiap urusan kita. Ameen.
Ingat!! pertunangan bukan satu destinasi yang pasti sebelum menuju ke jinjang perkahwinan atau putus dipertengahan jalan. Nauzubillah
Jika mahu jawapan yang selanjutkanya baca buku ‘aku terima nikahnya’
shakshaf : Jangan tanya saya lagi. saya tak hebat macam orang lain.
Wallahualam.
Related posts
- Cinta tidak mengenal usia tua atau muda!
- Sebelum aku terima nikahnnya
- Suami yang baik untuk Isteri yang baik
- Bertunang : jarak dan tempoh masa
- Teruna pilihan Dara & Dara pilihan Teruna
- Apa guna Mahar tinggi andai TIADA redha Illahi!
- Tatapan itu menyakitkan hati tetapi mengubat hati!
- Agama didahulukan Kecantikan diutamakan
- Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik
- Syariat diletak tepi,adat yang sesat dijulang tinggi.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





dlm buku ‘aku terima nikahnya’ ada panduannya ^^
p/s: dulu sy pnah bca skali imbas.. skrg ada jual kt e-store sy…
yup.. buku tersebut panduaannya..
e store tu mcm ne yer
skrg ada latest version..
p/s: maaf klau reply ni mcm pomot biz..
*if kuar msg utk msuk nama kdai.. juz taip ‘caliph’
ni link e-store sy http://www.stormreaders.net/caliph
hurm.. xpe2.. terima kasih juga yer atas link e store ni
boleh buat pembelian on9 utk keluar negara x?
tp asal kita tahu..jika iman tak sekuat pahlawan, jangan berani berhadapan dengan singa.jika tidak kita yang dibaham..
betul tu.. perumpamaan yang sangat baik.. terima kasih atas perkongsian juga
suka cara awk tu..xsmua org bole trima terus bila diberi hujah berdasarkn ayat2 dr quran n hadis(wlpon ini yg spatutnya diterima hati) tp akal kuat menentang n mahukan sst yg sng utk dicerna minda.
setakat ini. pendekatan ini yang saya suka pakai sebelum pergi lebih tinggi. moga ada manfaatnya.. semua orang xsama dan xserupa cara fikir… terima kasih juga sggh blog saya
ramai org salah guna dgn ikatan pertunangan. seolah2 tunang ni milik spenuhnya. sdgkn pertunangan tu pn belum tentu akan berakhir dgn pernikahan. nice sharing. walaupun kita dah tau, kdg2 kita terlupa. bila baca balik baru sedar balik. gud job bro~
terima kasih sifu sudi tandang blog saya… sekadar pandangan dan perkongsian… dan juga sekadar ingatan sesama kita jga
wah..dapat 1 ilmu lagi ..
bgs2 ..kdg2 memerlukan 0bjek disekeliling membuat perbandingan
menarik!! ^_^
Hm.. nampaknya nak beli laa buku tue “Aku Terima Nikahnya”
Dulu pandang sepi jee tajuk tue … ^_^
tQ!!! info….
yup.. cepat2 beli.. ambik yang trilogi terus.. senang nak hadamkan sekali gus..