Tujuh Keajaiban Dunia 2011

April 5th, 2011 | Posted by shakirshafiee in Tazkirah

Antara 7 tempat ajaib dunia yang sempat saya lawati di Petra Jordan

Ketika satu persidangan saintis-saintis seluruh dunia bersidang

Sekumpulan saintis dari pelbagai negara bersidang serta bermesyuarat untuk  mengenal pasti untuk memperbaharui “Tujuh Keajaiban Dunia.”

Pada awal kajian, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.
Walaupun ada beberapa pihak dari mereka yang tidak dapat mengumpulkan, tetapi sebahagian besar senarai ini diperolehi:

  • Taj Mahal, India
  • Christ the Redeemer Statue
  • Great Wall of China
  • The Colosseum, Rome, Italy
  • Petra, Jordan
  • Machu Picchu, Peru
  • Chichén Itzá, Mexico
  • Ketika mengumpulkan senarai pilihan, ketua saintis memperhatikan seorang saintis dari negara mesir, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.

    Jadi, ketua saintis bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

    Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

    Ketua saintis berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

    Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah. Dia ragu sebentar, dan kemudian menyambung,

  • Lihat, Mata
  • Dengar, Telinga
  • Sentuh, Jari
  • Menyayangi, Hati
  • Merasakan, Jiwa
  • Tertawa, Mulut
  • Cintai, Hati
  • Hanya pada satu tempat ‘keajaiban’ ini dapat dikumpulkan tanpa perlu berhijrah berjauh-jauh batu untuk mengkaji dan sebagainya.

    Ruang dewan tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk  melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”.

    Sementara  kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”. padahal semua itu luar biasa dan ajaib.

    Dengan spontan ketua saintis itu bertanya, “Adakah saudari sudah berpunya atau pun tidak?”

    “Tidak”

    Begitulah, setelah melalui dan berakhir persidangan panjang itu, akhirnya gadis itu dilamar oleh ketua saintis itu atas ‘keajaiban’ akal yang luar ‘biasa’.

    “Ya Allah! Masukkanlah kami, umat NabiMu Muhammad saw kedalam syurgaMu dan selamatkan kami dari api neraka”.

    shakshaf : Subhanallah. Sungguh indah jika kita sebagai manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala niat yang dikurniakan kepada kita ini dan digunakan dengan sebaiknya.

    This post was written by

    shakirshafiee – who has written 427 posts on shakirshafiee™.

    MENULIS ini hanya untuk menarik minat dan mahu untuk membaca dan memahami apa sahaja yang ditulis dan dibaca. supaya apa yang ditulis dan dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Selamat membaca

    Send an Email

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


    Related posts

    coded by nessus

    You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

    13 Responses



    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>